BTC USD 82,885.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PPZ-MAIWP kutip RM275j pada 2010

zack2terer

Legendary Member
gem
Messages
13,627
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
PPZ-MAIWP kutip RM275j pada 2010

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengutip zakat sebanyak RM275 juta daripada 89,110 pembayar tahun lepas, peningkatan sebanyak 14 peratus berbanding tahun sebelumnya yang mencatat kutipan RM241 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Pengerusi MAIWP berkata, peningkatan kutipan zakat itu disumbangkan oleh faktor pengukuhan ekonomi negara, pertambahan golongan usahawan serta peniaga dan kemampuan syarikat korporat membayar zakat peniagaan.

Selain itu, kemudahan pembayaran zakat menerusi Skim Thohir atau potongan gaji zakat turut menyumbang kepada peningkatan kutipan, katanya pada sidang media mengumumkan prestasi kutipan zakat 2010 PPZ-MAIWP, di sini hari ini.

Jamil Khir berkata, PPZ-MAIWP telah diminta menubuhkan pasukan khas bagi memberi fokus kepada kutipan zakat daripada ahli korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menggandakan kutipan pada masa depan. - BERNAMA


Sumber
 
aku memerlukn..tp x layak..hampeh tul...
 
Back
Top
Log in Register