ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Rosmahwati (tiga, kanan) meraikan sambutan ulang tahun kelahiran seorang ahli PPOC.
IPOH - Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC) Perak mengimpikan sebuah bangunan sendiri bagi memudahkan setiap ahlinya melakukan latihan dan aktiviti bersesuaian.
Timbalan Presidennya, Kamarulzaman Abdullah berkata, bagaimanapun impian itu tidak dapat dilaksanakan kerana tanah yang pernah dikemukakan pemohon belum berjaya diperoleh.
"Cita-cita kami adalah untuk mempunyai bangunan sendiri bagi memudahkan latihan dan meningkatkan produktiviti berasaskan penghasilan kraf tangan seperti topi serta tembikar.
"Buat masa ini, ramai di antara ahli PPOC Perak ditempatkan dan dilatih di bangunan Persatuan Orang Buta Malaysia, Gunung Rapat," katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Komuniti Bersama Orang Kurang Upaya (OKU) anjuran PPOC Perak dan Koperasi OKU Kinta Berhad.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak, Rosmahwati Ishak dan Ketua Unit OKU, Pejabat JKM Daerah Kinta, Zulkifli Maon.
Mengulas mengenai sambutan itu, beliau berkata, program berkenaan diadakan bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara PPOC Perak serta masyarakat setempat.
Menurutnya, seramai 160 OKU terlibat dan lebih 300 individu yang terdiri daripada ibu bapa, ahli keluarga, pendidik dan sukarelawan turut hadir memeriahkan sambutan tersebut.
"Program ini diadakan buat julung kali bersempena sambutan ulang tahun PPOC Perak yang ke-38," katanya.