BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PPK untung lebih RM874,000

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Antara ahli PPK Bukit Payong termasuk bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Shamsuddin Mat Rani (berkopiah) yang menghadiri majlis berkenaan.​

MARANG - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Payong mencatatkan keuntungan lebih RM874,051 menerusi projek pembangunan hartanah, input pertanian dan semaian anak kelapa sawit pada tahun lalu.

Pengurusnya, Othman Muda berkata, keuntungan terbesar diperoleh menerusi projek perumahan dan jualan input pertanian.

Justeru, kata beliau, pihaknya akan meneruskan projek perumahan susulan sambutan memberangsangkan terhadap projek perumahan di Binjai Rendah pada tahun lalu, yang menyumbang kepada sebahagian besar keuntungan.

"Keuntungan ini turut disumbangkan kepada masyarakat melalui peruntukan RM500, yang diluluskan kepada setiap 38 unit di bawah PPK Bukit Payong untuk menjalankan kegiatan kemasyarakatan di unit masing-masing," katanya selepas selesai mesyuarat pengurusan PPK Bukit Payong, kelmarin.

Othman berkata, PPK Bukit Payong juga akan mengukuhkan sumber kewangan melalui penjualan benih dan semaian anak kelapa sawit yang dilaksanakan bermula Mac tahun lalu.

Malah katanya, PPK Bukit Payong merancang untuk meneruskan kem tahfiz Al-Quran yang disertai 104 pelajar selama sebulan pada Disember tahun lalu bagi memantapkan rohani anak-anak anggota.
 
Back
Top
Log in Register