BTC USD 81,916.3 Gold USD 4,140.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PPIM gesa boikot ASTRO

Anda nak boikot astro?


  • Total voters
    0

aiman27

Active+ Member
Messages
4,608
Joined
May 14, 2010
Messages
4,608
Reaction score
729
Points
71
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
No. 70X Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-425 77 222 Faks: 03-4256 6617
Hotline: 019-359 1000 Laman Web : www.muslimconsumer.org.my


KENYATAAN MEDIA 27hb Jun 2011 PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM):
Boikot Astro! Kerana Pentingkan Keuntungan Lebih Daripada Pengguna

Merujuk kepada kenyataan media PPIM betarikh 17hb Jun 2011 mengenai kenaikan harga dan kualiti perkhidmatan Astro dan juga kenyataan media oleh En. Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro bertarikh 24hb Jun 2011 di Star bertajuk Price revision is ‘inevitable’, PPIM amat berdukacita pihak Astro tidak berganjak daripada keputusannya menaikkan harga pakej langganan berkuatkuasa Julai 2011 walaupun mendapat desakan daripada beberapa Persatuan-Persatuan Pengguna dan juga Kementerian berkaitan untuk tidak berbuat demikian.

PPIM kesal dengan sikap Astro yang tidak prihatin langsung terhadap rungutan pengguna yang rata-rata tidak bersetuju dengan notis kenaikan harga berkuatkuasa Julai 2011. Ini berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan PPIM di laman blog www.muslimconsumer.org.my.
Sikap demikian mencerminkan keperibadian Astro yang bertentangan dengan semangat 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang diperjuangkan Kerajaan.

PPIM ingin menyedarkan semua pengguna, Astro hanya berminat untuk mengaut keuntungan daripada pengguna yang tidak mempunyai pilihan kerana siaran TV berbayar melalui SATELIT DIMONOPOLI ASTRO selama DUA PULUH (20) TAHUN. Rungutan dan keperluan pengguna kepada perkhidmatan yang berkualiti tidak diendahkan Astro kerana tiada persaingan.

Pihak Astro pula sentiasa menyalahkan syarikat TV berbayar lain atas kenaikan kos kandungan sedangkan pihak Astro mempunyai sumber kewangan yang kukuh hasil daripada lesen monopoli tv satelit yang dinikmati selama ini untuk membida kandungan pada harga yang amat tinggi berbanding pihak lain.

Setelah hampir sepuluh (10) tahun mengaut keuntungan berlipat ganda hasil daripada langganan pengguna dan juga hasil iklan TV, pihak Astro telah menunjukkan keangkuhannya dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga langganan tanpa berbincang dengan pihak berwajib.

Memandangkan pihak Astro tidak mengendahkan tuntutan pengguna melalui PPIM yang dibuat pada kenyataan media bertarikh 17hb Jun 2011, PPIM menggesa semua pelanggan dan pengguna Astro bersatu dan memboikot ASTRO sehingga mereka akur kepada tuntutan-tuntuntan tersebut.


Pada fasa pertama ini, PPIM akan bertindak melalui ahli-ahlinya dengan:
1. Tidak membayar bil langganan bulanan Astro selama tiga (3) bulan berturut-turut;
2. Memboikot produk dan perkhidmatan para pengiklan yang mengiklan di Astro melalui kuasa pengguna yang sedia ada; dan
3. Menuntut Kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)dan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) mengambil tindakan untuk membela hak pengguna melalui pelbagai Akta sedia ada seperti Consumer Protection Act 1999 dan Communication & Multimedia Act 1998.[end]


sumber : http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/
 
Kami bantah kenaikan caj langganan astro

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengancam akan menggerakkan usaha memboikot Astro ekoran langkah stesen televisyen berbayar itu untuk menaikkan caj langganan mulai Julai ini.

Sambil menyifatkan kenaikan itu sebagai membebankan pengguna, Penasihat PPIM Tengku Azwil Tengku Abdul Razak meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyiasat apa yang dinamakan oleh Astro itu sebagai "penyelarasan caj langganan" yang baru.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa sebagai pengendali stesen televisyen berbayar eksklusif di negara ini, Astro tidak sepatutnya mengenakan caj tambahan ketika rakyat dibebani kenaikan harga barangan.

Astro pada Isnin lepas mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Tengku Azwil berkata PPIM menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai kadar pelarasan itu serta juga mengenai perkhidmatan Astro.

Beliau berkata sekiranya Astro gagal mengekalkan yuran langganan sedia ada, PPIM serta ahli gabungan akan memboikot syarikat penyiaran berbayar itu.

"Kita ada 2.5 juta ahli gabungan di bawah PPIM. Banyak lagi berita serta hiburan yang boleh kita peroleh daripada stesen televisyen percuma," katanya.


Tengku Azwil juga berkata kebanyakan program sukan yang membabitkan kepentingan negara seperti Liga Super telah diambil alih oleh Astro.

"Semua diambil oleh Astro pasal mereka berkemampuan untuk membeli program berkenaan. Justeru, rakyat yang ingin menonton program-program berkenaan harus melanggan kepada Astro, katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menyediakan suatu ruangan kepada pengguna Astro di negara ini mengenai komen mereka terhadap syarikat penyiaran berkenaan.

"Dalam ruangan yang boleh dilayari di www.muslimconsumer.org.my itu, mereka (pelanggan Astro) boleh memberi maklumat balas kepada PPIM mengenai perkhidmatan Astro," katanya.- BERNAMA

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/06/ppim-ancam-boikot-astro-bantah-kenaikan.html#ixzz1QU49ejMj
 
3 tahun kt umah tanpa astro
rileks jer
cuba tnya,apa yang astro ada sampai kita xleh nak hidup tanpa astro ni?
 
sikit2 nak boikot ,apa je hasil yg dapat .kalau betul2 nak boikot atau tolong kita org ni,jawapan yg mudah satu je = buat benda yg lagi bagus dari astro atau lebih kurang sama .BOIKOT nie mcm budak2 sekolah rendah .JGN kotorkan pemikiran org ramai yg sedia ada dah kusut ni.
 
sikit2 nak boikot ,apa je hasil yg dapat .kalau betul2 nak boikot atau tolong kita org ni,jawapan yg mudah satu je = buat benda yg lagi bagus dari astro atau lebih kurang sama .BOIKOT nie mcm budak2 sekolah rendah .JGN kotorkan pemikiran org ramai yg sedia ada dah kusut ni.

kerajaan mungkin patut membenarkan rakyat memasang piring. kos xbyk pun xsapai RM1k termasuk pasang. kemudian tak perlu bayar bulanan lagi. Malahan lg byk channel boleh tengok. Kalau yg piring kecik skit RM500 pun leh dapat.
 
Dedahkan perjanjian dengan Astro

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru kerajaan supaya mendedahkan sama ada tindakan Astro untuk menaikkan harga bagi pakej televisyen berbayar adalah mengikut perjanjian yang ditetapkan.

Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, pengguna perlu diberitahu apakah perkara yang dipersetujui dengan Astro bagi membolehkan pemegang lesen tunggal bagi penyiaran televisyen berbayar itu menaikkan harga perkhidmatannya.

"Sedangkan kadar tol juga perlu dipersetujui oleh kerajaan dalam perjanjian... Kalau kerajaan tidak ambil tindakan serius, kami akan boikot Astro," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan berhubung tindakan Astro untuk menaikkan harga bagi pakej perkhidmatannya sehingga RM15 sebulan yang didakwa tidak mesra pengguna.


Sebaliknya, Astro boleh mencontohi langkah kerajaan yang tidak menaikkan harga bahan api demi kepentingan rakyat, kata Tunku Azwil.

Tangguhkan kenaikan

"Jika kerajaan boleh tangguh kenaikan harga, kenapa Astro tidak tunjuk rasa terima kasih kerana dapat monopoli, tangguh kenaikan harga yang ingin dibuat.

astro satellite dish"Pulangan daripada yuran langganan saja sudah cukup untuk menampung kos operasi. Apa yang mereka mahu adalah untuk tambah keuntungan, bukan untuk tampung kos operasi," katanya lagi.

Beliau mendakwa, perbelanjaan modal yang dilaburkan oleh Astro sejak mula bersiaran telah habis dibayar malah iklan yang diterima penyiar itu juga telah bertambah.


Jelasnya, perbelanjaan periklanan di Malaysia mengikut AC Nielsen pada tahun 2010 berjumlah lebih RM9 bilion dan stesen televisyen lain hanya mendapat RM2 bilion dari kadar tersebut.


“Stesen televisyen (lain) mengambil lebih kurang 2 bilion yang terpaksa sama-sama dikongsi antara lebih kurang tujuh stesen televisyen,” tambahnya.

Katanya lagi, sebanyak 20 peratus daripada saham Astro pula terdiri daripada saham perseorangan yang juga telah cukup untuk memberi keuntungan.

“Mereka mampu berbuat demikian kerana mereka banyak (saluran),” kata Tunku Azwil.

Kadar periklanan Astro yang rendah, malah serendah kadar untuk iklan radio juga dilihat sebagai satu ancaman kepada stesen televisyen lain, katanya lagi.

Bunuh kadar iklan televisyen

“Kadar periklanan Astro pada hari ini telah membunuh kadar (iklan) televisyen yang juga mengharapkan pulangan semata-mata dari periklanan.

"(Astro) dengan sendirinya, dengan perlahan-lahan akan membunuh stesen yang lain,” katanya.

Ketika ditanya, Tunku Azwil mengakui bahawa perkhidmatan yang disediakan itu bukanlah keperluan utama bagi pengguna seperti bekalan air dan elektrik.

"(Kalau) tak ada Astro, (pengguna) tak mati pun. Bukanlah pengguna tak ada hiburan.

"Tapi (kita bantah) kerana pengguna tak mahu dipergunakan untuk belanja berlebihan untuk dapatkan sedikit hiburan," katanya lagi.

Sehubungan itu, PPIM turut melancarkan satu kempen bagi membantah kenaikan bayaran Astro. Kempen tersebut bermula hari ini di laman web persatuan itu.

“Kami akan ambil tindakan boikot Astro. Kami akan guna kempen 'No to Astro,” kata seorang lagi wakil PPIM, Mustafa Hamzah.

Tambahnya, persatuan itu juga mendakwa telah menerima "ribuan" aduan dari pengguna yang tidak berpuas hati dengan sistem perkhidmatan Astro.

http://www.malaysiakini.com/news/166344
 
ambe td petang Asteruk call soh wat paymant .. ambe cakap ambe nk boikot asteruk ... nk potong ..potong jer lah ...
pastu 45 minit kendian dpat lak sms soh bayar ..
cilakak betul ... tak paham bahse ...
 
utk warga sabah srwk ni perlukn astro gk.. kalo x dapeklah info n current issue.. nk mengharapkn stesen tv free 2 coverage n signal x brape nk clear:-?
 
ambe td petang Asteruk call soh wat paymant .. ambe cakap ambe nk boikot asteruk ... nk potong ..potong jer lah ...
pastu 45 minit kendian dpat lak sms soh bayar ..
cilakak betul ... tak paham bahse ...

Hu hu ... sms tu mesin da... bukan orang ...
 
Back
Top
Log in Register