ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Matrade
SYARIKAT Malaysia berpotensi untuk menerokai pasaran Myanmar dalam pelbagai sektor khususnya perumahan, infrastruktur, lapangan terbang dan landasan kereta api berikutan negara itu dalam peringkat pembangunan.
Pengarah Bahagian Rentas Sempadan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Amran Yem berkata, adalah penting bagi negara kita berkongsi kepakaran dan kebolehan yang negara miliki dengan negara jiran terdekat.
"Peluang di Myanmar adalah sangat menggalakkan dengan mempunyai populasi 60 juta penduduk yang juga merupakan antara rakan dagangan yang baik," katanya di Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, Amran berkata, penyertaan dalam Pameran Perkhidmatan Malaysia (MSE) 2014 di Yangon, Myanmar ketiga pada 1 hingga 4 Oktober ini akan membuka peluang kepada syarikat tempatan ke pasaran negara itu.
Menurutnya, menerusi pameran itu, 70 syarikat tempatan akan turut serta, yang mana 35 daripada sektor perkhidmatan dan 35 lagi daripada sektor barangan.
Katanya, pihaknya melihat peluang untuk diterokai adalah seperti minyak dan gas, pelancongan, kesihatan dan francais.
Amran berkata, tahun lalu jumlah pelaburan syarikat tempatan di Myanmar adalah RM50 juta menerusi sektor automotif dan pendidikan dan pihaknya berharap jumlah itu akan bertambah pada masa akan datang.
"Kami juga berharap jualan tahun ini akan akan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya," katanya.
Januari hingga Julai 2014, jumlah dagangan kedua-dua negara adalah RM2.03 bilion berbanding RM1.34 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu, meningkat 51.4 peratus.
Manakala, jumlah eksport ke Myanmar bagi tujuh bulan pertama tahun ini meningkat 72.4 peratus kepada RM1.67 bilion.