BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Poster Xiaomi Mi Pad 5 Tertiris

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Poster Xiaomi Mi Pad 5 Tertiris Menunjukkan Penggunaan Cip Snapdragon 860, Skrin Resolusi 2K;

Kalau anda perasan, desas-desus mengenai Xiaomi Mi Pad 5 sudah kedengaran sejak sekian lama - baik dari segi rekaan mahupun spesifikasi utama padanya. Pada masa sama, turut kedengaran khabar angin tersebar yang mendakwa Xiaomi dijangka mengumumkan tablet berkenaan sekitar bulan Ogos depan.

Dalam perkembangan terkini, rekaan Mi Pad 5 diperlihatkan sekali lagi. Tetapi, kali ini menerusi poster promosi yang tular di Weibo. Dapat dilihat, tablet ini akan mempunyai sokongan dwi-kamera di belakang bersama satu LED Flash. Penampilannya jelas berbeza dengan imej pengolokan yang tular sebelum ini terutamanya untuk rekaan modul kamera.

Panel hadapan turut diberi nafas baru dengan bezel yang lebih nipis. Seterusnya, tablet ini turut menggunakan skrin 120Hz yang boleh ditetapkan pada resolusi 2K. Tidak habis di situ, poster turut mendedahkan tablet berkenaan akan dikuasakan oleh cip Snapdragon 860. Dalam pada itu, terdapat juga satu lagi model Mi Pad 5 yang akan dijana oleh cip Snapdragon 870. Menurut sumber, ia juga dijangka diperkenalkan lebih awal berbanding versi Snapdragon 860.

Selain daripada tablet-tablet tersebut, Xiaomi turut bakal hadir dengan beberapa lagi produk lain seperti Mi 11 CC 11 dan Mi MIX 4. Kesemua produk berkenaan juga dikhabarkan telah melepasi laman 3C di China. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini.

1626855680246.png

Sumber asal https://www.gizmochina.com/2021/07/20/xiaomi-mi-pad-5-design-key-specs-emerge-in-a-poster/
 
Redmi 10 & Mi Pad 5 Melepasi SIRIM, Bakal Tiba Tidak Lama Lagi?

Perancangan Xiaomi untuk hadir dengan tablet baru iaitu Mi Pad 5 bukanlah sesuatu yang rahsia kerana informasi mengenainya telah tular meluas di media sosial. Baik dari segi reka bentuk mahupun spesifikasi utama pada tablet berkenaan. Dalam diam, tablet berkenaan didapati telah melepasi pengesahan SIRIM.

Mi-Pad-SIRIM-01-950x386.jpg.webp

Tablet berkenaan muncul dengan nombor model 21051182G dan didaftarkan dengan nama pemohon Xiaomi Technologies Malaysia Sdn Bhd di bawah kategori tablet PC. Ia kemudiannya telah diluluskan pada 21 Julai 2021. Ini sekaligus memberi bayangan bahawa kita bakal menyaksikan pelancarannya untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Tablet ini bagaimanapun masih belum dilancarkan secara rasmi. Tetapi, terdapat perkhabaran yang mengatakan ada kemungkinan ia akan membuat kemunculan rasmi sekitar bulan Ogos depan.

Redmi-10-sirim-01-950x386.jpg.webp

Di samping tablet, terdapat juga telefon pintar Redmi 10 yang turut sama tersenarai di laman SIRIM. Pensijilan mendedahkan ia muncul dengan nombor model 21061119AG dan ia didaftarkan dengan nama pemohon yang sama seperti Mi Pad 5. Selain SIRIM, telefon pintar berkenaan juga turut tersenarai di pensijilan Indonesia Telecom dengan nombor model yang sama. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya berkaitan kedua-dua produk daripada Xiaomi ini.
 
Xiaomi Mi Pad 5 Akan Ada Sistem MIUI Baharu

Memandangkan pasaran tablet mula kembali diminati, Xiaomi akhirnya ingin menawarkan semula tablet mereka sejak kali terakhir dilancarkan pada tahun 2018 menerusi siri Mi Pad. Baru-baru ini, kami melaporkan bahawa tablet Xiaomi Mi Pad 5 sudah menerima pengesahan SIRIM dan ini adalah petanda pelancarannya semakin hampir.

Namun, terdapat segelintir pengguna tablet android mengeluh kerana kebanyakan aplikasi di peranti sebegini tidak begitu serasi. Bermakna, aplikasi tersebut tidak dioptimakan buat tablet. Disebabkan itu jugalah Apple mewujudkan iPadOS dan juga aplikasi yang khusus untuk iPad. Melihat kepada perkara ini, Pengarah Produk Xiaomi menyatakan Mi Pad 5 akan mempunyai sistem MIUI baharu yang dinamakan "MIUI for Pad".

Hal ini kerana beliau mengatakan banyak aplikasi di tablet Android memeningkan kepala dan tidak begitu baik. Jadi, dengan MIUI untuk tablet ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lebih lanjut apakah penawaran baharu menerusi MIUI tersebut. Oleh itu buat masa sekarang, sama-sama kita tunggu tablet Xiaomi ini. Pasti ramai yang ternanti-nanti.​

1627360220119.png
 
Xiaomi Pad 5 Dengan Snapdragon 860 Turut Di Umumkan Untuk Pasaran Global

Pada acara hari ini, Xiaomi turut sama mengumumkan ketersediaan tablet terkini mereka untuk pasaran Global – menerusi pengenalan Xiaomi Pad 5. Tablet bersaiz 11-inci ini dilengkapi paparan skrin beresolusi WQHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Pada masa sama, paparannya turut menyokong ciri tambahan seperti kemampuan memaparkan gamut warna DCI-P3 dan Dolby Vision.

Seterusnya, ia juga dijana oleh cip Snapdragon 860, GPU Adreno 640, memori 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri berkapasiti 8,720mAh yang disertakan turut sama menyokong pengecasan berwayar 33W. Kamera utama pula adalah 13-Megapixel, manakala kamera hadapannya sebesar 8-Megapixel. Tidak ketinggalan, ia membawakan empat pembesar suara dengan sistem audio Dolby Atmos untuk pengalaman audio lebih baik.

Xiaomi-Pad-5-01-950x495.jpg.webp


Bercakap lebih lanjut mengenainya, ia juga menyokong aksesori tambahan seperti sebuah stylus bermagnet dan tersedia dalam dua pilihan warna seperti Cosmic Grey dan Pearl White. Untuk harga, Xiaomi Pad 5 dijual bermula EUR349 (~RM1,714) untuk model 6GB/128GB, sementara itu model 6GB/256G pula berharga EUR399 (~RM1,960).​
 
Xiaomi Pad 5 Tiba Buat Pasaran Tempatan, Harga Bermula RM1399

Setelah sekian lama dinantikan, Xiaomi Pad 5 kini secara rasminya tiba buat pasaran tempatan. Secara asasnya, spesifikasinya tampil sama dengan yang dilancarkan secara global pada minggu lalu. Harga yang ditawarkan adalah bermula RM1399 untuk varian 6GB+128GB dan RM1599 bagi varian tertinggi 6GB+256GB.

Apa-apa pun, imbas kembali Xiaomi Pad 5, ia dilengkapi skrin 11 inci beresolusi WQHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta sokongan Dolby Vision. Turut hadir bersama cip pemproses Snapdragon 860, bateri sebesar 8720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W dan empat pembesar suara Dolby Atmos.​
 
Back
Top
Log in Register