BTC USD 81,458.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pontianak d bebaskan

roBUST

Legendary Member
gem
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
KUALA LUMPUR: Pelakon bersiri drama seram popular Anak Pontianak yang ditahan kerana mengaku mengambil dadah jenis ketamin malam kelmarin, dibebaskan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) jam 3 pagi semalam.

“Sampel air kencing pelakon terbabit dihantar ke makmal patologi untuk proses lanjut. Keputusan akan diketahui dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.


“Jika keputusan positif dadah, doktor akan buat perakuan penagihan dan kemudian baru boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.


Muka depan Harian Metro semalam mendedahkan pelakon wanita terbabit ditahan kerana mengaku mengambil dadah jenis ketamin dalam satu operasi bersepadu membabitkan AADK Selangor serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Dia ditahan dalam sekatan jalan raya kira-kira jam 9 malam di jalan keluar dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, bersama seorang rakan wanitanya.


Sementara itu, Ketua Biro Seniman Muda, Zed Zaidi, yang terkejut dengan penahanan seorang artis wanita yang mengaku mengambil ketamin malam kelmarin, menganggap ia sebagai permulaan hitam industri hiburan tanah air bagi 2010.


“Saya terkejut dan tidak sangka dia ditahan. Saya ingatkan kontroversi berkaitan dirinya sudah berakhir, tetapi ada lagi yang dilakukannya,” katanya.


Oleh itu, bagi mengelak berulangnya perkara terbabit, Zed mengatakan, selepas ini artis bermasalah yang berdaftar di bawah Seniman akan diwajibkan mengikuti kaunseling selain program motivasi.


Apabila kriteria berkenaan dipenuhi, baru artis bermasalah terbabit akan dibenarkan berlakon, menyanyi dan sebagainya.


Seniman akan memaklumkan pengeluar filem, drama dan agensi berkaitan artis yang memenuhi kriteria itu.


“Seniman akan menjalankan program berkenaan dalam masa terdekat kerana apa yang dilakukan kumpulan artis terbabit bukan saja menyusahkan diri sendiri, malah merosakkan nama artis lain, juga industri hiburan tanah air.


“Jumlah artis yang ada pelbagai kes tidak besar. Mungkin dua nisbah 10, tetapi merekalah yang memberi banyak masalah kepada industri hiburan tanah air hingga keseluruhan artis terpalit dengan tuduhan negatif,” katanya.


Menurut Zed, artis yang ditahan terbabit berkemungkinan besar tidak berdaftar dengan Seniman kerana tiada butiran dirinya dalam rekod pendaftaran pertubuhan berkenaan.


“Selepas ini setiap individu yang mahu terbabit sebagai artis perlu mendaftar dengan mana-mana pertubuhan seni kerana ia bukan saja untuk kemudahan mereka, malah nasib mereka dalam industri hiburan juga lebih terjamin.


“Mereka juga tidak boleh melakukan sesuatu sesuka hati kerana perlu memikirkan kepentingan artis lain. Kami tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Cukup dengan semua kontroversi negatif dan tidak diperlukan, mereka perlu mengubah diri dan Seniman akan bantu,” katanya.
 
hehehe patut masuk thread seram nie..hehehe cik pon di lepaskan...
 
tulah pasal...cik pon ambik dadah tu....mmg pontianak alaf baru yang pertama kena tahan.....:))
 
Dan Sebenarnya :eek:
 
Back
Top
Log in Register