jimie lee
Permanently Banned - Multiple ID

- Messages
- 5,244
- Joined
- Jul 1, 2011
- Messages
- 5,244
- Reaction score
- 839
- Points
- 111
"Kenapa aku rasa ***** dan diper***** bila baca berita-berita pasal isu semasa(khususnya politik) di Malaysia,lagi-lagi kalau bahan bacaan aku tu, sumbernya dari media perdana,memang aktiviti orang kat Malaysia wat perkara ***** dan memper*****kan orang ke,haisy...
semua benda nak politikkan, setiap celah, ruang dan peluang nak amek kesempatan,memang dah tak de keje lain ke asyik berpolitik je memanjang,kalau timbul sesuatu isu tu, kat surat khabar tu dan jadi macam twitter dah..kejap pemimpin ni cakap macam ni, kejap lagi pemimpin lain balas,tak boleh ke kalau isu-isu besar tu, pemimpin-pemimpin ni duduk semeja untuk berbincang?
rakyat Malaysia mengundi dan memilih kalian sebagai wakil rakyat bukan untuk berpolitik semata-mata, kerja untuk rakyat mana??
malang sekiranya seseorang pemimpin itu lebih banyak berpolitik daripada menjalankan tugas-tugasnya,
pemimpin yang dilantik pula bukan dari kalangan orang yang ***** untuk terus-terusan bertelingkah dalam sesuatu isu,
seharusnya setiap isu harus ada penyelesaiannya, bukan tergantung begitu sahaja.
Sekiranya sesuatu isu itu melibatkan perkara sensitif, media juga harus peka dan tidak menyiarkan perkara-perkara yang boleh mencetuskan rasa gelisah rakyat,
apa gunanya memperkatakan perkara sensitif kepada umum yang jelas tidak membawa sebarang kebaikan?
biarkan isu-isu sensitif seperti bahasa, agama, bangsa, sejarah, keselamatan negara ini dibincangkan oleh ahlinya,
bukan tugas orang kebanyakan untuk membincangkan dan terus-terusan memperkatakannya,
Tak boleh ke orang politik ini tarik sokongan rakyat dengan memperlihatkan kemampuannya sebagai seorang pemimpin berwibawa yang mampu menyelesaikan masalah rakyat,
bukannya menarik sokongan awam dengan menjatuhkan atau memburukkan lawan,
rakyat mahu melihat usaha dan hasil, bukannya mahu melihat sebarang perang mulut antara pemimpin-pemimpin,
jika anda rasa layak menjadi wakil rakyat, buktikan! bukan memper*****kan rakyat...
Katakan hak kepada yang hak,
dan katakan batil kepada yang batil,
sekiranya berpegang dengan yang batil sebelum ini belum terlambat untuk berubah,
tiada guna untuk mempertahankan kebatilan sedangkan yang hak dijanjikan kemenangan di dunia dan akhirat.
sumber