kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
SIBU: Polis di sini berjaya menggagalkan cubaan dua orang lelaki mendapatkan wang tebusan sebanyak RM25,000 kurang daripada lima jam selepas menculik seorang bayi lelaki berusia 10 bulan pagi semalam.Ketua Badan Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Sibu yang baru, DSP David Ajek berkata, kedua-dua suspek berusia 22 dan 23 tahun berjaya ditahan kira-kira jam 2 petang di Jalan Pedada di sini.
Terdahulu, sebelum diberkas, katanya, kedua-dua suspek dipercayai sedang menunggu untuk mendapatkan wang tebusan.
“Dengan segala maklumat yang ada, kita akhirnya berjaya memberkas kedua-dua penculik terbabit, di samping turut mendapatkan kembali wang tebusan dan bayi lelaki berkenaan,” katanya ketika ditemui semalam.
David yang baru empat hari menyandang jawatan KBSJD Sibu memberitahu, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi.
Ketika kejadian, bayi lelaki berkenaan sedang dijaga oleh seorang wanita yang berusia lingkungan 40-an di rumahnya di Jalan Hua Kiew di sini.
Sementara bapa bayi lelaki terbabit yang mempunyai tali persaudaraan dengan penjaga berkenaan serta isterinya semasa kejadian tidak berada di Sibu.
Pasangan suami isteri tersebut berusia lingkungan 30-an dan bekerja sendiri.
“Kedua-dua suspek dipercayai datang dengan menaiki sebuah motosikal sambil membawa senjata yang masih belum dapat dipastikan jenis-nya, menyerbu masuk ke dalam rumah mangsa sebelum melarikan bayi lelaki berke-naan dari dalam buaian,” katanya.
Penjaga bayi berkenaan yang tersentak dengan kejadian itu kemudian tampil membuat laporan polis.
Kurang daripada sejam selepas melarikan bayi lelaki berkenaan, salah seorang daripada penculik terbabit, katanya telah menelefon penjaga dan meminta sejumlah wang tebusan sebelum berjaya dikurangkan sehingga RM25,000.
Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya menemui bayi lelaki terbabit yang ditinggalkan di sebuah bangunan di Jalan Tun Abang Haji Openg.
Menurut David lagi, bayi lelaki terbabit ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada penjaganya.
“Kita klasifikasikan kes tersebut mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup,” katanya.
http://www.theborneopost.com/?p=61206