BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis trafik patah dua tangan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Keadaan motosikal ditunggangi mangsa selepas merempuh pacuan empat roda yang tiba-tiba melintas ke kanan jalan.
< 1 / 1 >
DUNGUN – Seorang anggota polis trafik patah kedua-dua belah tangan selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah pacuan empat roda yang tiba-tiba masuk ke kanan jalan di Kilometer 21, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini.

Kejadian kira-kira jam 1.25 petang pada 16 April lalu itu berlaku ketika mangsa, Konstabel Mohd Shahril Azwan Shahri dari cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun dalam perjalanan dari Dungun menuju ke Kuala Terengganu untuk satu tugas rasmi.

Dalam kejadian itu, kenderaan pacuan empat roda dipandu Mohamad Fazillah Mustaffa, 24, dari tepi jalan arah sama, melintas masuk ke kanan jalan.

Tindakan itu menyebabkan Mohd Shahril Azwan gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh bahagian kanan kenderaan pacuan empat roda itu, yang dipercayai mengubah haluan secara tiba-tiba.

Mangsa yang patah kedua-dua belah tangan kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut, bagaimanapun Mohamad Fazillah yang berasal dari Batu Kurau, Perak tidak cedera.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob mengesahkan kejadian tersebut.

Kata beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/polis-trafik-patah-dua-tangan-1.272993
 
konfom kene saman...denda...x pon penjara...langgar polis trafik...tuka haluan tetibe..mendapat
 
hah...sudah...

cam ne nak cite ni...
 
menjawab la nanti... huhuhu..
 
mendapat laa mamat tu...
dia ingt jauh lg kot moto polis tu...moto polis dah laju sedar2 dah kat balakang je
 
laju ke x tuka lane kne signal.................hahaaa karang la bebanyak
 
Blh pcaya ke cite 1 phk????klu mamat tu vangang mmg brani la msk celah polis trafik ms drive.ataupun polis tu bw laju sgt smp terbabas n slhkan org lain.hanya tuhan je yg tau.tp kita tgu la siasatan selesai.
 
tp aku pcaya kalau die kasi signal lebih selamat laaa
 
mamat tu tukar lane tiba2 pastu abam polis tu plak laju tak sempat nak elak.. kot..
 
Back
Top
Log in Register