BTC USD 83,561.3 Gold USD 4,186.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis tetap bertindak

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Polis tetap bertindak


PUTRAJAYA: Polis akan mengeluarkan saman terhadap penyokong Pas yang didapati melakukan kesalahan jalan raya termasuk melanggar lampu isyarat dan menghalang lalu lintas ketika menyertai Himpunan Hijau di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, semalam.

Difahamkan, 500 penyokong Pas dari sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor berarak dengan motosikal dan kereta bermula dari Taman Seri Empangan berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, polis mengesan ada individu melakukan kesalahan jalan raya sepanjang menyertai konvoi itu.

“Ada peserta menghalang lalu lintas sehingga menyebabkan kesesakan selain melanggar lampu isyarat merah.


“Kami akan meneliti litar rakaman tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti individu terbabit. Selepas itu, kami akan menghantar surat saman kepada mereka,” katanya kepada media, di sini, semalam.


Abd Razak berkata, 100 anggota dan pegawai polis ditugaskan mengawal perhimpunan dan konvoi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Kumpulan itu berkumpul sejak jam 9 pagi di Taman Seri Empangan sebelum bergerak ke beberapa lokasi untuk menyampaikan ceramah politik dan mengedarkan risalah.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Polistetapbertindak/Article/artikelMA
 
cari duit raya la tuuu...dah sengkek sgt dah kot..:)):)):))
 
biasa la tu, dah dekat2 nak Hari Raya ni, polis cuma nampak kesalahan lalulintas dan trafik je..
 
boleh dapat banyak tu

sure melebihi kuota saman utk bulan ni he he
 
Kawan Orang UMNO : Jom ngeteh...
Orang UMNO : Jap... Aku tengah tengok kat internet ni, tunggu kalau polis pukul orang PAS. Suka betul aku tengok orang PAS kena pukul Polis.

Lepas 40 minit...

Kawan Orang UMNO : Jom le.... kering dah tekak ni.
Orang UMNO : Tak ada pun polis pukul. Ini tak boleh jadi... Pembangkang buat demo, polis mesti pukul... Aku report kat UMNO la kalau macam ni.


Esoknya...

UMNO : Polis, apasal tak pukul PAS?
Polis : Diorang tak langgar undang-undang.
UMNO : Mana boleh... u cari apa salah diorang.
Polis : Kalau tak?
UMNO : No tulang for you today.
Polis : Huh?!









Polis boleh buat kerja... tolong jaga trafik.

Kalau betul nak kerja.
 
Hermm.. Polis2...

Himpunan sjuta belia x saman plak.. Rmai yg duk slamber potong lampu merah.. Cait..
 
adeh polis mesia skrg ni lawak tul la :))

yg dok parking merata kat depan bank simpang jalan kat MOF menghalang habis org nak keluar simpang dia tak gi saman :))
 
Back
Top
Log in Register