combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,126
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,126
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pocong jadian ditangkap selepas polis menerima aduan penduduk. - Polis Koja
JAKARTA – Tiga penghibur jalanan di Koja, Jakarta Utara ditangkap polis selepas memakai kostum pocong dan berkeliaran di jalanan sehingga menakutkan orang ramai, lapor akhbar Kompas.
Ketiga-tiga remaja lelaki dikenali sebagai FS, 15, RA, 11 dan MZA, 19, berpakaian seperti itu pada waktu malam untuk menghiburkan orang ramai.
Sebaliknya, tindakan mereka mencetuskan keresahan sehinggakan seorang wanita dilaporkan pengsan akibat terkejut.
Susulan kejadian itu, penduduk membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan mereka.
“Polis menahan tiga penghibur jalanan memakai kostum pocong selepas menerima aduan daripada penduduk,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Koja, Polis Jakarta Utara, Asisten Komisioner Fernando.
Ketiga-tiga remaja itu kemudian diarah menulis surat janji yang mengatakan ikrar untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut sebelum mereka dibebaskan. – AGENSI
Polis tangkap ‘pocong’ berkeliaran takutkan penduduk
Tiga penghibur jalanan di Koja, Jakarta Utara ditangkap polis selepas memakai kostum pocong dan berkeliaran di jalanan sehingga menakutkan orang ramai, lapor akhbar Kompas.Ketiga-tiga remaja lelaki dikenali sebagai FS, 15, RA, 11 dan MZA, 19, berpakaian seperti itu pada waktu malam untuk...
www.kosmo.com.my