BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Penganggur Disyaki Pukul, Cabul Kanak-kanak Perempuan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
b6b1d42d94ee9c598bb0a99dd0fe75fc61723d1f32971


Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun di Bukit Sentosa, Rawang dekat sini kerana disyaki memukul dan mencabul kanak-kanak perempuan sembilan tahun, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ibrahim Husin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8 malam dan kejadian berlaku semasa mangsa hendak ke pasar malam bersama-sama abang serta kakaknya.

“Suspek didakwa menarik mangsa masuk ke rumahnya serta bertindak memukul dan menendang mangsa sehingga cedera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek yang tidak bekerja juga didapati positif dadah.

Suspek kini direman sehingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 
Back
Top
Log in Register