ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
GEORGETOWN - Anggota polis mungkin menyertai perarakan hari kemerdekaan jika kerajaan negeri menggunakan Bersih, Cekap dan Amanah (BCA) sebagai tema sambutan kemerdekaan tahun ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah dengan tema yang ditetapkan itu dan bersedia turut serta dalam sambutan yang dijangkakan pada Isnin hadapan.
"Bagi saya jika tema yang ditetapkan kerajaan negeri ialah BCA, kita tidak mempunyai sebarang masalah.
"Tema itu juga dilihat sama dengan slogan PDRM sebelum ini," katanya kepada media selepas menghadiri Ops Bersepadu Khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini malam kelmarin.
Sebelum ini, isu tema sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri menjadi viral di laman sosial apabila Kerajaan Pulau Pinang dilaporkan memilih Bersih sebagai tema tahun ini.
Berikutan itu, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang mengeluarkan pekeliling melarang semua sekolah di negeri ini menyertai sambutan hari kemerdekaan anjuran kerajaan negeri.