BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis sahkan dua anggotanya cedera

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
image.jpg


image.jpg



BUKIT KATIL - Polis mengesahkan dua anggotanya cedera dipercayai dibaling batu oleh penyokong sebuah parti ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Katil, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, dalam kejadian antara 10 dan 11.30 malam itu, kedua-dua anggota polis berusia lingkungan 30-an dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

“Salah seorang cedera di kepala, manakala seorang lagi di belakang badan," katanya.

Menurutnya, seorang lelaki dipercayai penyokong sebuah parti turut mengalami kecederaan ekoran insiden berkenaan.

“Ekoran kejadian itu, seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Salehhudin juga kesal kerana kedua-dua pihak yang mengadakan ceramah gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman.

“Kalau mengikut akta ini, mana-mana pihak yang ingin berhimpun, haruslah memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah sebelum aktiviti itu berlangsung. Dalam hal ini, kedua-dua pihak tidak membuat sebarang makluman kepada polis.

“Kita cuma tahu pada sebelah petang tadi (kelmarin) akan ada perhimpunan dan kita telah menasihatkan mereka supaya mengawal penyokong masing-masing. Tetapi di pertengahan program, kedua-dua pihak agak emosional sehingga terpaksa polis mengawal keadaan,” katanya.

Mengenai isu membaling batu ketika kehadiran Ketua Pembangkang itu, beliau berkata, polis sedang menyiasat pihak memulakan kekecohan tersebut dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

"Sebaik insiden berkenaan, polis telah mengarahkan kedua-dua pihak supaya menghentikan ceramah dengan serta merta,” katanya.

Beliau berkata, seramai 70 anggota polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah ditugaskan untuk mengawal keadaan.
 
umnGOk yg baling dan buat hal PR yg d tuduh..baiknya spin
 
kalau pr, on da spot dia tulis.....
 
daripada ko serang ceramah org lain baik ko pergi lahad datu.d0boh punya macai.samseng taik kucing.sama sendiri berani la...puiihhiii:(scam:(scam:(scam
 
u ulang i liwat...
ehhh ehhh.. silap..

u romen i saman...
ehh ehh .. silap

u saman i liwat...
ehh ehhhe ehhh..
silap..

pungkong hang, aku jilat.. nyam nyamm... saya suka (anwar ibrahim)

klakakakakaakakakakakakakakakakaaaaaa!!!!
 
nasib baik br hari nie aku nak balik bukit katil kalo tak konpom semak jalan mlm td.. hehehe
 
Back
Top
Log in Register