stealthmovic
Active+ Member
- Messages
- 3,238
- Joined
- Oct 16, 2011
- Messages
- 3,238
- Reaction score
- 99
- Points
- 40
KLANG: Kegiatan sekumpulan lapan individu yang menjadikan sebuah rumah setinggan di Jalan Melawis dekat sini sebagai stor dadah terbongkar apabila diserbu polis.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata serbuan yang bermula jam 8 hingga 9 malam 11 November lalu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
Katanya, serbuan itu dijalankan selepas risikan selama sebulan dilakukan terhadap kumpulan serta rumah setinggan berkenaan.
"Dalam serbuan itu, polis merampas 40.3 kilogram (KG) dadah dipercayai ganja yang dianggarkan bernilai RM117,000 dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.
"Lapan lelaki tempatan berusia 21 hingga 49 tahun turut ditahan yang mana ketika serbuan lima daripadanya berada di dalam rumah manakala tiga lagi di hadapan rumah.
"Polis turut menyita sebuah kereta, dan sebuah motosikal yang mana nilai sitaan dianggarkan bernilai RM30,000," katanya pada sidang media di IPD Klang Selatan, hari ini.
Beliau berkata, suspek dipercayai menjadikan rumah berkenaan sebagai stor untuk memproses ganja yang diperolehi dalam bentuk ketulan satu kilogram kepada paket yang lebih kecil termasuk paket satu gram yang dijual pada harga RM10.
Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif ganja malah semakan mendapati mereka juga mempunyai rekod lampau jenayah serta dadah.
"Hasil maklumat risikan, polis percaya dadah berkenaan adalah untuk pasaran tempatan dan kumpulan ini dipercayai menggunakan rumah setinggan sebagai stor sejak dua bulan lalu.
"Kita juga masih menyiasat dari mana mereka mendapat bekalan dadah terbabit.
"Mereka ditahan reman lapan hari bermula 12 hingga 19 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Polis rampas 40 kilogram ganja | Berita Harian
KLANG: Kegiatan sekumpulan lapan individu yang menjadikan sebuah rumah setinggan di Jalan Melawis dekat sini sebagai stor dadah terbongkar apabila diserbu polis.