BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis N.Sembilan Perkukuh Kesiapsiagaan Menjelang PRN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Polis N.Sembilan Perkukuh Kesiapsiagaan Menjelang PRN​

684edd02ac70eb0d1aef6299ca19aa7c6805f7135a5af


Polis Negeri Sembilan memperkukuh tahap kesiapsiagaan anggota dan pegawainya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 dengan latihan simulasi bagi menguji keberkesanan pelan tindakan, penyelarasan operasi serta keupayaan menghadapi pelbagai kemungkinan sepanjang PRN.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata latihan pada hari ini melibatkan 220 anggota mensimulasikan senario rusuhan susulan tindakan sekumpulan pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya.

Beliau berkata latihan berkenaan turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Bandaraya Seremban, Pejabat Daerah Seremban, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi berkaitan lain.

"Melalui simulasi ini, kita menguji tahap koordinasi antara PDRM dengan semua agensi terlibat, termasuk tindakan FRU dan pasukan khas yang digerakkan bagi meleraikan rusuhan serta melaksanakan tangkapan terhadap individu yang bertindak ganas.

"Ia merupakan fasa terakhir dalam siri latihan yang dilaksanakan sejak dua minggu lepas bermula simulasi hari penamaan calon di Port Dickson, tempoh berkempen di Nilai serta hari pengundian di Kuala Pilah yang turut melibatkan senario gangguan ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas simulasi itu di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos, manakala hari penamaan calon pada 18 Julai dan pengundian awal pada 28 Julai.

Semalam, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata 4,800 pegawai dan anggota akan digerakkan, selain menerima bantuan 1,373 pegawai dan anggota dari Bukit Aman yang akan ditempatkan di saluran mengundi bermula pada penghujung tempoh berkempen hingga beberapa hari selepas pengundian.

 
Back
Top
Log in Register