alisha_qistina
Super Active Member
- Messages
- 6,416
- Joined
- Jun 27, 2008
- Messages
- 6,416
- Reaction score
- 257
- Points
- 81
KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan satu sindiket penipuan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang telah memperdaya 2,656 mangsa dengan kerugian kira-kira RM6.4 juta sejak tiga tahun lalu, hasil dua serbuan di Tawau, Sabah.
Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun, berkata dalam serbuan yang dilakukan JSJK Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau itu 25 warga asing dan seorang wanita warga tempatan berumur antara 16 dan 41 tahun ditahan.
"Kumpulan itu menawarkan ganjaran lumayan kononnya memenangi cabutan bertuah dari syarikat besar seperti Maxis, Petronas dan Power Root telah diberkas dalam dua serbuan berasingan di dua buah rumah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Koh berkata, modus operandi sindiket ialah menghantar SMS secara rawak kepada orang ramai dengan mengatakan penerima SMS itu akan memenangi hadiah anjuran syarikat besar tertentu.
"Mangsa kemudian diminta memberi nombor akaun bank serta dikehendaki memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun tersebut dengan alasan memudahkan urusan penghantaran hadiah.
"Namun setelah wang dimasukkan nombor telefon suspek sudah tidak boleh dihubungi," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan seperti itu.
"Mana ada orang yang sanggup beri duit yang banyak sebegitu mudah. Peraduan yang menawarkan hadiah melalui SMS itu semuanya tipu," katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebihi RM 150,000 atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA