jimie lee
Permanently Banned - Multiple ID

- Messages
- 5,244
- Joined
- Jul 1, 2011
- Messages
- 5,244
- Reaction score
- 839
- Points
- 111
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan Twitter PDRM dalam usaha meningkatkan mutu dan imej pasukan serta meletakkan mereka sebagai organisasi mesra pelanggan menerusi alam siber.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pelancaran Twitter PDRM itu adalah platform yang dapat digunakan bagi pasukan berkenaan untuk menyalurkan maklumat terus kepada masyarakat dengan cepat, tepat dan ringkas.
"Interaksi dua hala antara PDRM dan masyarakat melalui laman sosial ini adalah amat penting bagi membantu dalam menyelesaikan seterusnya memastikan kejayaan sesuatu kes," katanya kepada pemberita di ibunegara.
Beliau berkata Twitter rasmi PDRM itu akan mengetengahkan berita semasa, siaran media dan aktiviti PDRM selain laporan kesesakan lalu lintas harian terutama pada waktu puncak di laluan utama seluruh negara.
"PDRM juga melihat Twitter sebagai medium komunikasi yang besar yang dapat mempromosikan media sosial yang lain seperti blog dan Facebook," katanya.
Katanya langkah mewujudkan medium baru itu dibuat apabila Facebook PDRM yang dilancarkan pada 21 Sept tahun lepas dilihat berjaya dalam merapatkan jurang komunikasi dan mengikis persepsi negatif orang ramai terhadap pasukan keselamatan berkenaan.
"Dengan konsep cara bersemuka dengan pengguna internet, ia berkesan dalam menemukan peminat Facebook PDRM dengan pucuk pimpinan PDRM dan ia terbukti apabila peminat Facebook kami mencecah lebih 85,000 orang dan angka ini sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.
"Ia juga telah bertindak sebagai platform bagi menunjukkan bahawa PDRM mengambil langkah serius bagi menambahbaikan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat," katanya.
- Bernama