BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis lancar Ops Godam ATM

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
KUALA LUMPUR: Polis kini melancarkan 'Ops Godam ATM' melibatkan pasukan khas daripada Polis Bukit Aman dan polis kontinjen negeri berkaitan susulan beberapa insiden Mesin Teler Automatik (ATM) digodam mengakibatkan lebih RM1 juta lesap setakat ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Jenayah Siber dan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, penjenayah yang terlibat akan diburu secara besar-besaran.

Menurutnya, polis percaya anggota sindiket yang dikatakan berasal dari Amerika Latin dan Asia Barat itu masih berada di negara ini.

"Justeru, kami mengaktifkan pemantauan di setiap pintu masuk negara sama ada melalui jalan darat, laluan laut dan laluan udara," katanya kepada Bernama hari ini.

Terbaharu, polis menerima satu lagi laporan berhubung kejadian menggodam mesin ATM melibatkan cawangan sebuah bank di Kota Damansara, mengakibatkan kecurian kira-kira RM300,000.

Terdahulu, Affin Bank dalam kenyataan hari ini berkata sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam mesin ATM kepunyaan Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad di Johor, Melaka dan Selangor.

Mesin ATM terbabit terletak di Johor Baharu, Batu Pahat dan Taman Molek di Johor; Melaka Raya; selain PJ State dan USJ di Selangor.

Bank itu berkata, data pelanggan bagaimanapun tidak diganggu atau dikompromi.

Menurut polis, insiden di Kota Damansara itu melibatkan kecurian wang dalam satu mesin ATM walaupun dua ATM didapati diusik penjenayah.

Secara kasar, tujuh mesin ATM milik dua kumpulan perbankan digodam, dipercayai menggunakan sim kad telefon dan sistem teknologi tertentu, sejak Sabtu lepas.

Menurut Mohd Kamarudin, pihak bank terlibat sedang menjalankan semakan bagi menentukan tarikh sebenar kejadian yang menimpa institusi masing-masing.

Mengulas lanjut, Mohd Kamarudin berkata gambar suspek hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kini disebarkan di seluruh negara termasuk bagi tujuan pemantauan di pintu masuk.

Menurutnya, belum ada tangkapan dibuat dan identiti suspek masih belum dikenal pasti. - BERNAMA



http://www.bharian.com.my/node/8619
 
hahahha... kat amerika dah lame dah... tapi yang aku tau dalam ceta terminator la... hahaha
 
95% mesin atm masih guna windows xp. Microsoft dah x update security untuk windows xp sejak bulan 4 hari tu. Itu yang kena virus hijack ni.
 
Kot2 godam py godam tersent dlm akaun aku masuk 1-2mil.
Aku pun pi check tadi. ooo takde. Sekian terima kasih.
 
Back
Top
Log in Register