izack1981
Legendary Member

- Messages
- 10,374
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2007
- Messages
- 10,374
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
BATU PAHAT 12 Mac - Polis menggagalkan cubaan menyamun sebuah rumah di Taman Kota Yong Peng oleh sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang selepas berjaya menangkap dua daripada mereka, semalam.
Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, kejayaan itu diperoleh kira-kira pukul 10.30 pagi oleh sepasukan anggota polis yang sedang meronda di kawasan berkenaan.
Katanya, turut serta meronda ialah Ketua Polis Balai Yong Peng, Cif Inspektor Champin Piuh.
Menurutnya, pasukan itu terserempak sebuah kereta jenis Proton Waja dengan empat lelaki berada dalam keadaan mencurigakan lalu mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan tersebut untuk pemeriksaan.
"Bagaimanapun, pemandu berkenaan memecut keretanya dan dikejar pasukan polis tersebut," katanya.
Beliau berkata, setibanya di jalan besar Yong Peng, kenderaan tersebut terbabas ke tepi jalan, namun dua daripada lelaki terbabit berjaya melarikan diri, manakala dua lagi berjaya ditahan.
Ibrahim berkata, berdasarkan pemeriksaan, polis menemui dua bilah parang, beberapa buah telefon bimbit, tukul besi, gunting dan pita pelekat dalam kereta yang dipercayai dicuri.
"Selepas disoal siasat, kedua-dua lelaki yang berasal dari Johor Bahru itu mengaku mereka sedang merancang untuk menyamun sebuah rumah di taman tersebut hari ini," katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati seorang daripada lelaki itu memiliki lapan rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan rakannya pula mempunyai empat rekod kes serupa di Johor Bahru.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.