BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Dubai guna kereta Lamborghini

joee

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,700
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,700
Reaction score
949
Points
161
du_02.1.jpg


DUBAI - Polis Dubai di Emiriah Arab Bersatu menggunakan sebuah kereta Lamborghini Aventador yang berharga hampir AS$550,000 (RM1.66 juta), lapor agensi berita AP semalam.

Kereta sport buatan Itali itu yang boleh mencecah kelajuan sehingga 349 kilometer sejam dicat dengan warna hijau dan putih.

Harga petrol di Dubai adalah lebih murah berbanding harga minuman.

Kelmarin, ibu pejabat polis Dubai menyiarkan gambar kereta tersebut di depan pusat beli-belah terbesar di dunia, Dubai Mall.

Pihak berkuasa di negara ini berdepan masalah kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian disebabkan kenderaan dipandu laju.

Menurut laporan media tempatan, seramai 33 orang mati akibat nahas jalan raya di Dubai dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Kereta sport itu juga digunakan polis Itali, Panama dan United Kingdom. - Agensi
 
klu p sana.. klu tak bergambar dgn kereta polis nie mmg rugi la... huhu
 
aku tak pernah pergi dubai, agak2 mcm mana kualiti jalan raya kat sana? ada mcm malaysia ke... kereta sport pun, kalau jalan beralun atau berlubang masalah jugak..
 
pergh, kereta polis pakai lamborghini.. perompak pkai kereta ape lak?
dahsyat2 dubai ni
 
kaya pak arab ni...polis depa pn dpt merasa bwak lambo...
 
fuyo aventador tu..no play2 ar
 
du_02.1.jpg


DUBAI - Polis Dubai di Emiriah Arab Bersatu menggunakan sebuah kereta Lamborghini Aventador yang berharga hampir AS$550,000 (RM1.66 juta), lapor agensi berita AP semalam.

Kereta sport buatan Itali itu yang boleh mencecah kelajuan sehingga 349 kilometer sejam dicat dengan warna hijau dan putih.

Harga petrol di Dubai adalah lebih murah berbanding harga minuman.

Kelmarin, ibu pejabat polis Dubai menyiarkan gambar kereta tersebut di depan pusat beli-belah terbesar di dunia, Dubai Mall.

Pihak berkuasa di negara ini berdepan masalah kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian disebabkan kenderaan dipandu laju.

Menurut laporan media tempatan, seramai 33 orang mati akibat nahas jalan raya di Dubai dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Kereta sport itu juga digunakan polis Itali, Panama dan United Kingdom. - Agensi

murah gile ke harga petrolnye???
 
Back
Top
Log in Register