BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis dihimpit dalam sekatan jalan raya

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Sukri Che Mat (kiri) mengambil keterangan Salleh yang kini masih dirawat di HSNZ, Kuala Terengganu, semalam.
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis patah tangan kiri dan cedera di siku akibat dirempuh sebuah motosikal dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Kampung Pak Tuyu, Gong Badak, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 1.40 pagi, ketika mangsa, Koperal Salleh Kabul, 44, bersama empat lagi anggota dari Balai Polis Gong Badak bertugas di kawasan berkenaan.

Menurut Salleh, suspek bertindak nekad menghimpitnya dengan motosikal yang dinaiki, sebelum dia jatuh ketika cuba menahan suspek daripada melarikan diri.

“Ketika bertugas, kami ternampak sebuah motosikal jenis Yamaha 100 ditunggangi seorang lelaki tidak dikenali, berpatah balik melawan arus sebaik menyedari kehadiran polis.

“Saya yang kebetulan berada berhampiran motosikal itu, cuba menahan lelaki berkenaan bagi mengelak dia daripada melarikan diri," katanya.

Bagaimanapun katanya, lelaki itu bukan sahaja tidak memberhentikan motosikalnya, tetapi bertindak nekad menghimpit menyebabkan dia terjatuh.

“Suspek kemudiannya terus melarikan diri ke arah Tok Jembal, sementara saya yang cedera dibawa ambulans yang kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut bapa kepada empat anak itu, insiden tersebut adalah kejadian pertama berlaku terhadapnya selama 23 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia.

Namun, kejadian itu tidak sesekali mematahkan semangatnya dan menyifatkan ia adalah risiko dan cabaran yang perlu dihadapinya sebagai anggota polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Katanya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diharap dapat tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/polis-dihimpit-dalam-sekatan-jalan-raya-1.234563
 
semoga beliau terus tabah dan berbakti kepada bangsa nusa dan agama..
 
hati2 je la semasa menjalankan tugas....
mat rempit skg da smakin berani..
 
Jadi Polis la keje paling susah...nk kena banteras org jahat...nk kena jd perisai org politik dr org awam...kdg2 sampai terpaksa tangkap org baik...serba salah nk wat keje..tak keje, takde income, takleh nk sara anak bini....
 
Back
Top
Log in Register