BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis cedera dilibas parang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
JERANTUT - Seorang anggota polis cedera setelah dilibas dengan parang oleh pemuda yang hendak diberkasnya dalam kejadian di sebuah rumah di Felda Kota Gelanggi Dua, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supritenden Azid Ismail berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, suspek berusia 24 tahun yang disenaraikan sebagai orang dikehendaki bertindak agresif melibas parang setelah menyedari kehadiran sepasukan polis di
rumahnya.

"Berikutan kejadian itu Koperal Ahmad Irwan Benjamin, 31, cedera di bahagian lengan kiri akibat terkena libasan parang tersebut selain luka di kaki kiri dan lebam di lengan kanannya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa bersama enam lagi anggota polis ke rumah suspek untuk menahan lelaki itu atas kesalahan jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana pernah mengugut untuk membunuh ibunya pada tahun lepas.

Bagaimanapun semasa memperkenalkan diri, suspek tiba-tiba bertindak agresif lalu mencapai parang dan melibas anggota terbabit ketika sebelum berjaya ditahan sejurus selepas kejadian.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam bilik suspek, polis menemui sebilah pisau buatan sendiri, sebilah kerambit dan tiga bilah parang panjang.

Selain itu katanya polis juga merampas satu tiub straw warna merah yang disyaki mengandungi dadah jenis heroin.

"Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini untuk sisatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh," katanya menambah anggota polis yang cedera dirawat di Hospital Jerantut. - Bernama
 
7 orang datang tu ptot standby. xpasal kena libas

nila kot padah klo nak tangkap penjenayah siap perkenal diri bg salam dulu
 
brani attack polis..dalam lokap kene la tu
 
sop patut kena ubah ni....tangkap baru perkenalkan diri...kalau x suspect akan buat macam ni la
 
7 orang datang tu ptot standby. xpasal kena libas

nila kot padah klo nak tangkap penjenayah siap perkenal diri bg salam dulu

Klu x buat mcm tu, nnt ada la pahlawan2 hak asasi penjenayah melalak...
Kata polis kejam..
 
Klu x buat mcm tu, nnt ada la pahlawan2 hak asasi penjenayah melalak...
Kata polis kejam..

hahaha..memang betul tu.
nak taknak polis kena buat camtu pasal dah memang SOP. Kalau tak ikut sop silap2 polis tu pulak kena dakwa. :)

patutnya bila dia start libas tu kasi tembak je.
 
ni agaknye ms bukak pintu da standbg parang..
sekali perkenalkan diri polis..terus dilibasnye..
 
hahaha..memang betul tu.
nak taknak polis kena buat camtu pasal dah memang SOP. Kalau tak ikut sop silap2 polis tu pulak kena dakwa. :)

patutnya bila dia start libas tu kasi tembak je.

Ada satu lagi..

Polis mati ke, cedera ke, tu x ada hal.. mmg kerja diaorg..
Jgn penjenayah mati masa dgn polis.. tu dosa besar..

Bkn aku kata ya.. ahli persatuan hak asasi penjenayah yg kata..
 
bhangang abadi!!!

sorang mangkuk ayun sorang lagi bhangang abadi!!

elok sgt due2 mondapatttt!!!!
 
Back
Top
Log in Register