BTC USD 81,005.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis cedera dikapak.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
New York: Dua anggota polis cedera, termasuk seorang daripadanya parah, selepas diserang lelaki bersenjatakan kapak ketika sedang bergaya untuk mengambil gambar di New York City.

Jurucakap Jabatan Polis New York berkata, empat anggota polis yang membuat rondaan itu diminta bergaya untuk diambil gambar oleh jurugambar sambilan di Queens pada jam 2 petang (waktu tempatan) semalam.

Tiba-tiba seorang lelaki membawa kapak menyerang mereka sambil mengayunkan senjata itu. Seorang anggota polis cedera di tangan manakala rakannya di kepala.

Dua rakan mereka kemudian melepaskan tembakan terhadap lelaki terbabit menyebabkannya dia mati di tempat kejadian. Identiti suspek tidak diketahui, namun dia dianggarkan berusia 32 tahun.

Seorang wanita berusia 29 tahun yang turut berada di situ juga terkena peluru sesat dan kini stabil selepas menjalani pembedahan.

Ketua Polis New York William Bratton berkata, anggota polis yang cedera di kepala dalam keadaan kritikal tetapi stabil.- Reuters

http://www.hmetro.com.my/node/3955
 
Back
Top
Log in Register