BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis buru penyebar 'SMS babi'

GoldFinger

Active Member
Messages
1,814
Joined
Jan 27, 2008
Messages
1,814
Reaction score
6
Points
25
Mar 25, 08 9:13pm
Menjelang sambutan Maulidur Rasul minggu lepas, satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) disebarkan meluas di kawasan parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang.

SMS itu, antara lain, berbunyi ahli parlimen PKR tersebut, Tan Tee Beng, akan menghadiahkan 100 ekor babi untuk sambutan hari kebesaran Islam itu.

Menurut ketua polis Seberang Perai Selatan, Supt. Shafien Mamat, mesej itu mula beredar dua hari sebelum 19 Mac, lapor laman web Utusan Malaysia hari ini.

Susulan kejadian itu, PKR dan anggota parlimen itu membuat aduan polis.

Polis menyiasat perkara itu menurut Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, seseorang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kejadian menyebar SMS yang meresahkan penduduk di negeri ini, dan beberapa negeri lagi yang kini dikuasai pakatan pembangkang, semakin menjadi-jadi selepas pilihanraya umum 8 Mac.

SMS lain di negeri itu, antaranya, mendakwa kerajaan negeri pimpinan DAP-PKR mengarahkan azan di masjid-masjid diperlahankan dan mengajak orang ramai berdemonstrasi.

Di Selangor, tersebar SMS bahawa menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan menyampaikan ceramah dalam tempoh beberapa lagi.

Bagaimanapun program itu tidak dianjurkan dan pihak terlibat telah menafikannya.

Risalah-risalah yang mengelirukan orang ramai turut diedarkan, antaranya di Perak dan Selangor.
 
ish... ni biar yg betul nih. bahaye la sms camtuh.
 
biasa le...bila dah kalah...mcm2 la cara nak luahkan ketidak puasan hati depa ni......:(scam :(scam
 
tak patut gak tan tee beng tu tak tau mane yg patut di kasi ngan mane yg tak patut di kasi kan? ish3.
 
parlimen aku tu......

hampeh tul puak2 yg buat tu.... nampak sgt sape yg buat.... buat kat 5 negeri yg mrk kalah... macam budak2 bodoh la....
 
abis nih, sms aper la kuar lagi....
 
tu semua kerja2 pihak yg kalah la..umno la...dh biasa umno buat fit nah2 ni...
 
memang dah jadi darah daging amno kerja2 jahat sebegini..nanti terima lah azab Allah
 
Back
Top
Log in Register