BTC USD 84,755.3 Gold USD 4,137.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polemik 'Bin Abdullah'

ahslanmamad

Freshie
Messages
2
Joined
Aug 2, 2017
Messages
2
Reaction score
0
Points
3
Salam,

Pada Khamis, 27 Julai 2017 yang lalu, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara boleh membenarkan permohonan anak tidak sah taraf untuk dibinkan atau dibintikan bapa biologinya. Rayuan yang melibatkan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang dilahirkan selepas 5 bulan 24 hari (atau 5 bulan 27 hari mengikut kalendar Qamariah) selepas ibu bapanya bernikah. Mana-mana anak yang dikandung semasa luar nikah, boleh dibinkan kepada nama bapa mereka dan memutuskan bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, tidak mempunyai kuasa undang-undang.

Apa pandangan korang dalam isu ni?
 
bukan semua yang saudara baru bin Abdullah

ada yang memang Bapa dia Abdullah dari nenek moyang agama islam

Kebanyakan Masyarakat Malaysia slalu dalam kepala

orang bin Abdullah baru masuk islam atau anak bukan halal

persepsi nie kena buang jauh saya rasa
 
Saya tengok keputusan mahkamah ni boleh menyuburkan lagi kes zina. Udahlah hudud pun tak berjalan, penjagaan nasab pun dilanggarnya..
 
Quote mufti

Mufti wilayah MENOLAK pandangan Mufti Perlis yg bersalahan dengan IJMAK

Kuala Lumpur: Amalan menasabkan anak zina atau Anak Tak Sah Taraf kepada penzina adalah amalan masyarakat jahiliyah yang telah lama dibatalkan Islam. Perkara tersebut ditegaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibuh Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri dalam satu makalah Bayan Linnas Siri 106 yang diterbitkan hari ini. “Kami berpendapat bahawa hujah yang melarang dibinkan dan dibintikan anak tak sah taraf kepada ayah biologinya berdasarkan dalil kuat daripada nas al-Quran, hadith, amalan sahabat dan jumhur fuqaha.”

Sementara itu pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menegaskan bahawa hujah menutup malu dan aib kepada anak dan keluarga bukanlah satu alasan yang kuat. Ini kerana syariat Islam jelas menunjukkan larangan membinkan atau membintikan kepada selain bapanya yang sah melalui perkahwinan. Menurut SS Mufti lagi, banyak hukuman dalam Islam diperintahkan supaya dilaksanakan secara terbuka, termasuk dalam kes sebatan zina. “Justeru, sebagai sikap bertanggungjawab, hendaklah pasangan yang terjebak dengan zina bernikah secepat yang mungkin apabila sudah berlaku zina kali pertama sebagai bentuk pemulihan diri dan taubat kepada Allah dan berhenti daripada melakukan dosa kepada hubungan yang halal. Bahkan seperti mana yang telah disebutkan di atas, ulama yang membenarkan nisbah anak zina sendiri mensyaratkan bahawa hendaklah ibu bapa yang berzina itu dihukum dengan hukuman syariat yakni dirotan 100 kali sebelum dia boleh menasabkan anak tersebut kepada dirinya.” “Ini kerana zina itu seperti mana yang ditekan dalam al-Quran adalah fahisyah, benda yang tersangat keji dan merosakkan masyarakat.

Maka, masyarakat perlu disedarkan dengan melihat hukuman rotan itu sendiri sebagai pengajaran daripada Allah atas kerosakan yang berlaku dan menghindari keluarga dan kerabat mereka daripada berbuat zina. Dengan itu, zina yang menjadi punca kepada masalah ini dapat dihilangkan, atau diminimumkan, seterusnya menghilangkan masalah anak zina, dan isu malu yang disebut-sebut.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menasihati para pasangan supaya mengambil berat isu persetubuhan sebelum berkahwin agar tidak timbul isu nasab anak sehingga mendatangkan aib kepada diri sendiri dan aib kepada anak. Baru-baru ini isu bersekedudukan dan nasab anak tak sah taraf telah menjadi tular di media-media sosial dan mendapat perhatian rakyat Malaysia.
 
Back
Top
Log in Register