‘Takde Lagu Tu, Siap Kau’ – Tak Pasal2 Angeline Tan Kne Sound, Pok Ya Dtg2 Mitak Lagu, Tp Tak Tahu Tajuk
Drama fenomena terbaru Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti yang disiarkan di Astro Ria bermula 21 Mac 2022 lalu sudah memasuki minggu kedua.
Disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam, drama ini telah meraih perhatian penggemar drama Melayu berkualiti sejak episod pertama lagi.
Kehadiran pelakon-pelakon ‘lejen’ seperti Wan Hanafi Su, Eman Manan, Farid Kamil dan Angeline Tan menjadikan drama ini berada di kelas tersendiri.
Ditambah pula dengan penglibatan pelakon seperti Saidi Sabri, Issey Fazlisham dan Asrulfaizal Kamaruzaman, drama arahan pengarah Sabri Yunus ini sememangnya drama yang wajib ditonton terutama kepada mereka yang ‘anti drama cintan cintun’.
” Pertama kali dalam sejarah idup aku, aku ternanti-nanti dpn tv nak tngok drama PYCC:Memburu Siti..
” Ada Eman Manan, auto minat terus!!Mmng terbaik, cukup rencah, dialog bersahaja…pelakon ada jiwa, lakonan idup” kata ntizen.
Itu antara ribuan respon positif diberikan penonton.
Boleh dikatakan setiap dialog dan babak dalam drama PYCC:Memburu Siti mempunyai maksud mendalam serta memberi pengajaran kepada masyarakat.