View attachment 477334
Bagi pengarah filem “Mencari Rahmat”, Al-Jafree Md Yusop, PYCC antara telefilem terbaik pernah dibuat di Malaysia.
Gedebe satu istilah yang berasal dari Selatan Thai merujuk kepada Tok Nebe atau Tok Penghulu, satu sosok yang sangat dihormati dan disegani serta mampu menyelesaikan banyak masalah antaranya pergaduhan melibatkan kumpulan samseng dan hal lain di kawasan sekitarnya.
Mengikut kata Sabri, istilah gedebe hanya muncul di Kelantan sekitar era 70-an.
Pok Ya tidak bercakap menjerit-jerit dengan pelat cina dan ber’lu gua’. Pok Ya tetap dengan dialek Kelantan walaupun berada di Kuala Lumpur.
Pok Ya gedebe atau ketua samseng, dan dalam drama ini ditunjukkan sifat sebenar ketua samseng yang tenang, tidak perlu melompat ke atas meja untuk menunjukkan dia samseng.
Tidak, itu bukan PYCC, itu filem gangster kebudak-budakan yang dihasilkan orang lain di negara ini.
PYCC tidak memerlukan itu semua.
Pok Ya bukanlah kaki gaduh yang hanya tahu mahu mengamuk dan marah-marah, sebaliknya Pok Ya menyelesaikan masalah.
Itulah watak gedebe sebenar, bukan samseng atau gengster yang hanya tahu bergaduh semata-mata atau memukul orang lain yang tidak setuju dengannya.