sorry sahabat semua ade meeting td...
Harga rm140
cara cara penjagaan tanaman fig (separa lengkap)
Penyediaan medium
1. Sebelum menanam anak pokok yang dibeli . Sediakan medium yang baik.pasu yg sesuai Minimum 10inci hingga 15inci dan 21 inci diameter
2. Saya hnya menggunakan tong cat 18liter dgn saiz 12inci iaitu 1 kaki .
3 Medium yang terbaik (hasil perkongsian dgn kwn2) ialah 1beg tanah merah bakar nursery dicampur 2 beg tanah hitam kompos atau tanah hitam campuran
4.Perkara yg paling penting dlm Penyediaan tanah medium ialah proses merehatkan tanah selama 2 minggu. Kenapa perlu rehatkn selama dua minggu? Kebiasaannya element2 dan unsur nutrients yg terkandung dlm tanah biasanya akan habis atau selesai bertindakbalas atau selesai proses penguraian yang sempurna .
5. Selain proses merehatkn tanah .tahap/ nilai ph tanah jugak perlu dititik beratkan. Menurut pembacaan saya di internet .nilai ph utk tanaman fig yg optimum dan terbaik adalah pada nilai ph 6.3-6.5 utk pertumbuhan akar dan daun yang baik.
6. Cara mudah utk menentukan nilai ph medium to kita ialah dgn menggunakan kunyit . Atau dengan menggunakan ph soil meter or tester (murah rm35 china).( japan rm350) sekiranya xada alat tersebut. Cara alternatif ialah dgn menggunakan kunyit.