BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pocong sudah boleh mengundi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Kalimantan: Seorang penduduk Kalimantan Barat, Pocong akhirnya diiktiraf pengundi sah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) selepas mengesahkan lelaki itu benar-benar wujud.

Nama Pocong dimasukkan dalam senarai pengundi bagi pilihan raya tahun depan selepas pegawai di Singkawang membuat bantahan rasmi kepada KPU di Jakarta yang enggan memasukkan namanya kerana menganggapnya sebagai gurauan.
“Pegawai kami di Singkawang menunjukkan gambar Pocong bersama mereka,” kata Pengerusi KPU Husni Kamil Manik pada seminar di Jakarta Isnin lalu.

“Mereka turut memberi kad keluarga Pocong untuk menyokong kewujudannya,” katanya.


Pocong ialah karakter paling popular dalam cerita seram masyarakat Indonesia. Ia sejenis hantu berbungkus kain kafan yang kerap digambarkan menghantui penduduk.


Keputusan dibuat ketika KPU bertungkus-lumus mengemaskini senarai pengundi yang akan diterbitkan minggu depan.

Pada masa lalu, kesilapan biasa yang dibuat pegawai KPU tempatan termasuk nama sama, nama orang yang sudah mati atau tak wujud dikatakan direka oleh pegawai parti politik tertentu dengan tujuan untuk menipu dalam pilihan raya. - AFP
 
mrh persatuan2 pocong sedunia..ini tidak adil kata pocong2 yg xleh ngundi :D
 
Ingat kt Kuantan td..baca sekilas...
 
Nama org indon mmg pelik,mcm nama tok nenek kita zama purba dulu,Pak Hitam,Ck Mek...evolusi diorg lambat kot...
 
Nama pelik tapi rupa-rupanya ada gak manusia yang diberi nama pocong ni ye.
 
jembalang, mambang etc takde ke?
 
pasni pembangkang indon mesti buat demo...hehehhehe
 
Back
Top
Log in Register