ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Syed Kamarulzaman (dua kiri) mengiringi Shahiruddin melawat gerai pameran pada majlis itu, semalam.
KUANTAN - Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menyasarkan penglibatan golongan muda termasuk siswazah untuk menjadi pra francaisor melalui bimbingan dan bantuan modal yang disediakan agensi itu.
Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, sejak diperkenalkan pada tahun 2012, PNS berjaya membangunkan 44 pra francaisor terdiri daripada usahawan-usahawan kecil yang berpotensi mengembangkan perniagaannya.
Menurutnya, daripada jumlah tersebut hampir 867 usahawan berjaya dilahirkan.
"Pra francaisor ini memberi banyak peluang kepada usahawan baharu terutama golongan muda untuk terlibat dalam perniagaan ini melalui kaedah perniagaan bergerak.
"Malah melalui Program Transformasi Perniagaan (BIT), PNS berharap dapat menambah bilangan pra francaisor daripada 56 kepada 906 pra francaisi menjelang akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Peluang Perniagaan Pra Francais di sini, semalam.
Hadir merasmikan, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Seri Shahiruddin Abd Moin. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Basaruddin Sadali.
Syed Kamarulzaman berkata, PNS mengambil pendekatan selaras dengan nilai tambah PNS yang sentiasa komited mendekati usahawan baru untuk melibatkan diri dalam industri berasaskan francais.
"Ia mudah dan cepat malah boleh diusahakan secara separuh masa dan ia sangat sesuai diceburi oleh golongan muda terutama golongan siswazah.
"Tambahan pula, kita menawarkan skim-skim pembiayaan di bawah PNS dan peluang perniagaan serta tip berniaga kepada mereka," katanya.
Sementara itu, Shahiruddin berkata, kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan agensi terlibat untuk membangunkan industri francais di negeri ini.
Beliau berkata, cadangan perniagaan bergerak adalah satu idea kreatif yang pastinya seiring dengan situasi semasa.
"Bagaimana pun, kita perlu meneliti beberapa aspek yang berkaitan agar ia dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.
Source: http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/pns-sedia-bantu-usahawan-muda-1.428452