HARAKAH, 14 Mei: Sebagai pemegang saham terbesar, Permodalan Nasional Berhad (PNB) sepatutnya bertindak menggantung jawatan kesemua lembaga pengarah dan pengurusan kanan Sime Darby Berhad, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar).
"Berdasarkan prinsip akauntabiliti, kesemua lembaga pengarah dan pengurusan kanan Sime Darby hendaklah berundur apabila syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu mengalami kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion.
"Jika mereka enggan berbuat demikian, sebagai pemegang saham terbesar dalam Sime Darby, PNB hendaklah mengambil tindakan ke arah menggantung jawatan mereka," tegas beliau.
Berdasarkan laporan tahunan Sime Darby 2009, Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) mempunyai 39 pegangan dalam kumpulan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 14 peratus dan PNB sendiri 13 peratus. ASB berada di bawah PNB.