BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM: Umno perlu ada semangat Harimau

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
9da29914d94679d097050c2bd9f55508.gif


Menggunakan analogi semangat dan perjuangan skuad Harimau Muda yang menggondol pingat emas pada Sukan Sea ke-26 di Jakarta-Palembang baru-baru ini, walaupun menghadapi cabaran sengit, perdana menteri berkata Umno juga perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi pilihan raya.

"Kalau kita ada kekuatan mental dan kita ada jiwa yang kental, kita boleh berdepan dengan persekitaran yang sangat mencabar walaupun pihak musuh membuat apa jua tekanan terhadap kita termasuk tekanan psikologi dan emosi," katanya kepada Bernama semasa wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011 semalam.

"Kalau kita kental dari segi kekuatan minda kita, dan semangat kita pun kukuh, maka sudah terbukti seperti analogi Harimau Muda itu, kita boleh mengatasi keadaan yang sangat berat menekan kita, mencengkam kita, walaupun gelanggang tidak sama rata seperti di Jakarta, tapi pasukan kita akhirnya berjaya juga," katanya.

Mengenai pengundi muda, beliau berkata sudah terbukti dalam pilihan raya kecil sejak dua tahun yang lepas, biasanya majoriti golongan itu menyokong Umno.

"Bererti sudah terbukti bahawa tidak semestinya orang muda bersikap "anti-establishment" (anti kerajaan) dan tidak menyokong parti kerajaan iaitu parti BN, mereka akan menilai, siapakah yang lebih memahami kehendak dan naluri
mereka sebagai orang muda," katanya.

Menurutnya lagi, pergerakan Pemuda dan Puteri Umno perlu prihatin dalam mereka merealisasikan perjuangan mereka untuk generasi muda.

Beliau memberi contoh projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang berbangkit dalam makmal Pemuda BN yang seterusnya dicadangkan kepada kerajaan.

Najib berkata perkara seperti itu memerlukan pertimbangan daripada kerajaan, dan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang amat peka dan amat prihatin kepada kehendak dan tuntutan generasi muda.

baca sini
 
semangat keris kontot nak buang mana woiii mangkok :))
 
semangat harimau yg melahap mangsanyer dan harta mangsanya
 
pok jib sepatutnya teriak..
DUMNO perlu ada semangat lanun..
tu yg tepat:p
 
semangat harimau ape kejadahnya...
teloq dah lama hilang dah....
 
Harimau veteran yg berjalan seperti Ketam Batu nak suruh Harimau Muda yg berjalan betul ikut langkah mereka yg songsang gituu...ape punya seruan nehhh
 
apsal laaa pulak nak semangat harimau....mau kena baham tanpa belas kasihan....semangat yg ada pd diri sendiri tak cukup ke berpegang pada rukun iman dan rukun islam
 
Semangt buang fitnah,buang pencacai,buang kaki haprak,buang kaki joli,buang segala macam penyakit yg Ada pada umno,lpas tu ambik yg elok..ambil hudud.Bru betol,kalau x memng hmprak sampai bila2...
 
Back
Top
Log in Register