BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM tidak boleh disingkir

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kedudukan Perdana Menteri ditentukan oleh Perlembagaan dan beliau tidak boleh disingkirkan sewenang-wenangnya.

Oleh itu, kata Timbalan Perdana Menteri, apa juga tindakan berhubung kedudukan Perdana Menteri mesti mengikut lunas-lunas Perlembagaan negara.

"Perdana Menteri tidak boleh disingkirkan, ia tertakluk kepada Perlembagaan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas risalah yang diedarkan di Parlimen hari ini mengenai kedudukan Perdana Menteri serta cadangan untuk mewujudkan undang-undang antilompat dalam kalangan wakil rakyat.

Risalah itu antara lain menyebut, berdasarkan Artikel 43(5), Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa meminta Perdana Menteri melepaskan jawatannya.

Tetapi jika Perdana Menteri mendapat undi tidak percaya dari Dewan Rakyat, beliau mempunyai dua pilihan iaitu meletakkan jawatan atau membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum.

Selain daripada dua cara itu, risalah tersebut menyebut, Perdana Menteri tidak boleh disingkirkan daripada kedudukannya walaupun kerajaan yang memerintah gagal memperoleh majoriti dua pertiga.

Ini kerana pada pilihan raya umum 1969, Perikatan gagal mendapat majoriti dua pertiga, namun Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussin memerintah negara dari Februari 1971 hingga 1974 hanya dengan majoriti mudah di Dewan Rakyat.

Berhubung perkara itu kata Najib, apa pun tindakan mesti mengikut ketetapan Perlembagaan.

"Apa pun yang berlaku mesti mengikut Perlembagaan negara," tegasnya.

Ditanya sama ada mereka yang lompat parti boleh dihalang daripada hadir ke Dewan Rakyat, Najib berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

REVOLUSI? TAK KAN KOT SAMPAI MACAM TU...

:-? :-? :-?
 
eeeee malunya aku kalau dpt undi tak percaya...... maksudnya dpt undi sebagai pembohong tul tak???
 
hehhe....maksudnya kena singkir gak lah...
 
eeeee malunya aku kalau dpt undi tak percaya...... maksudnya dpt undi sebagai pembohong tul tak???

Undi tak percaya nie...undi hilang keyakinan meminpin kot...tah ...tapi yg pastinya sapa yg dapat undi nie...maknanya DIHALAU DARI PARLIMEN DGN CARA TERHORMAT DAN MESEJ YG BAWA MAKSUD...HANG MEMANG HAMPEH

:eek: :eek: :eek:
 
lepa~ ni kita boleh hani mun noh:D
 
Undi tak percaya nie...undi hilang keyakinan meminpin kot...tah ...tapi yg pastinya sapa yg dapat undi nie...maknanya DIHALAU DARI PARLIMEN DGN CARA TERHORMAT DAN MESEJ YG BAWA MAKSUD...HANG MEMANG HAMPEH

:eek: :eek: :eek:

Message penting ni kena BOLDkan..:)) :))
 
Back
Top
Log in Register