BTC USD 80,830.8 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Itali terus ditimpa malang

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
ROM - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi terjebak dalam skandal terbaru hanya kerana makan malam di kediaman seorang hakim Mahkamah Perlembagaan, Luigi Mazzella.

Anggota-anggota Parlimen pembangkang meminta supaya Mazzella dan seorang lagi hakim yang turut serta dalam majlis itu pada pertengahan Mei lepas dipecat.

Menurut mereka, perbuatan itu menimbulkan kecurigaan sama ada Berlusconi mempengaruhi mereka supaya memihak kepadanya dalam isu imuniti baru-baru ini.

Ia berikutan Mahkamah Perlembagaan Itali mendengar kes sama ada undang-undang yang memberikan imuniti kepada Berlusconi, Presiden Itali dan dua Speaker Parlimen menyalahi perlembagaan negara.

Berlusconi dan para penyokongnya meluluskan undang-undang itu bulan lalu.

Pada waktu ia diluluskan, Berlusconi berdepan perbicaraan beberapa kes rasuah di bandar raya Milan sekali gus mencetuskan spekulasi undang-undang itu diluluskan bagi menyelamatkannya daripada pendakwaan.

Perbicaraan Perdana Menteri tersebut digantung sementara menanti keputusan mahkamah berkenaan yang dijangka diketahui tidak lama lagi.

Sebelum ini, nama baik Berlusconi tercemar apabila dia dikaitkan dengan beberapa wanita termasuk seorang model remaja Noemi Letizia selain didakwa memiliki hubungan dengan kumpulan penjenayah mafia Itali. - AP
 
hmmm... takde kena mengena ngan hidup tok :D
 
bagus betul.
makan malam ngan hakim pun dianggap tidak elok kerana ia boleh membawa kepada rasuah, bias, kompromi dan tidak "thiqah" kepada sistem kehakiman itu sendiri.

orang kafir pun dah nampak benda ni, bila pula orang kita yang mengaku Islam nie?
 
Back
Top
Log in Register