eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
BANGKOK 28 Jan. – Ahli-ahli Parlimen Thailand hari ini memilih sekutu rapat bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra sebagai perdana menteri baru, sekali gus memulihkan pucuk pimpinan awam di negara ini selepas berada di bawah pemerintahan tentera selama 16 bulan.
Samak Sundaravej yang merupakan seorang ahli politik veteran, dijangka cuba membuka jalan kepada kepulangan Thaksin ke Thailand.
Pemilihan sekutu rapat seumpama itu sudah pasti membawa perubahan politik yang memeranjatkan bagi Thaksin, yang digulingkan oleh tentera pada September 2006.
Menurut Speaker Parlimen, Yongyut Tiyapairat, Samak memenangi 310 undi bagi menewaskan pemimpin pembangkang, Abhisit Vejjajiva daripada Parti Demokrat yang memenangi 163 kerusi,
“Samak menerima undi majoriti di dewan ini, yang bermakna Parlimen memilih Samak sebagai Perdana Menteri,” kata Yongyut. – AFP
jenuh ler nak SAMAK hari-hari lak