BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Rasmi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80
dd7cb1325ceb87614eb656229cc3922b6833fffccf7d9

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, menandakan bermulanya siri mesyuarat peringkat tertinggi di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Majlis yang dihadiri para pemimpin, menteri dan delegasi ASEAN itu dimulakan dengan Lagu ASEAN dan ucapan perasmian oleh Anwar selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Lebih 30 ketua negara dan kerajaan termasuk dari Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Australia dan Kanada akan menyertai perbincangan mengenai keamanan, daya tahan ekonomi dan pertumbuhan inklusif serantau dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.

 
Back
Top
Log in Register