BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Plihanraya Kecil (PRK) N01 Kuala Besut 2013

Kasyidi

Active+ Member
Messages
4,023
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2007
Messages
4,023
Reaction score
1
Points
25
Perbincangan & Maklumat Tentang Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut Terengganu 2013.

Al-Fatihah buat Allahyarham YB Dr. A. Rahman Mokhtar ADUN Kuala Besut Merangkap Exco Kerajaan Terengganu. Takziah buat keluarga Allahyarham.

Pada PRU 13 yang lepas, Allahyarham Dr. A. Rahman yang merupakan penyandang N01 Kuala Besut berjaya mempertahankan kerusi N01 Kuala Besut dengan majoriti 2434 Undi menewaskan calon dari PAS, Puan Hajjah Nafisah Ismail.

Dr. A. Rahman memperolehi 8809 undi, mana Puan Hajjah Nafisah memperolehi 6375 undi dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang berlangsung 2 bulan lepas.

TERKINI

SPR telah menetapkan Tarikh Penamaan Calon & Plihanraya Kecil N01 Kuala Besut

Penamaan calon - 12/7/13.
Pengundian awal - 20/7/13.
Pembuangan undi - 24/7/13.


Calon PRK Kuala Besut N01

PAS & Pakatan Rakyat

- Tuan Haji Azlan @ Endut Bin Yusof

Barisan Nasional

- Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman
 
Last edited:
Calon PAS & Pakatan Rakyat PRK Kuala Besut

POSTER-CALON-PRK.png

Tuan Haji Azlan @ Endut Bin Yusof


Calon Barisan Nasional

dn_40.1.jpg

Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman
 
Last edited:
PRK lebih menguntungkan rakyat setempat berbanding PRU
time PRK mesti lebih ramai pemimpin politik turun padang berbanding time PRU
time nie janji untuk rakyat kawasan tu berlimpah ruah mengalahkan janji PRU
time ni gak la time plg senang nk mintak sign surat sokongan dari pemimpin
:D
 
Biar pun BN bertapak kukuh di Dun Kuala Besut sejak pilihan raya umum 2004, namun Dun terbabit pernah dimenangi PAS pada empat pilihan raya umum sebelum itu.

PAS pernah menang pada pilihan raya umum 1959, 1969, 1974 dan 1999.

Situasi itu membuatkan Umno dan BN tidak mampu mendabik dada menjuarai dengan mudah pilihan raya kecil Kuala Besut tidak lama lagi.Tambahan pula isu dalaman dan luaran terus membelit parti itu.

Penyisihan terhormat Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said daripada jentera utama pilihan raya BN Kuala Besut bukan lagi sekadar cerita kedai kopi.

Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pelantikan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut membuatkan Umno Terengganu bergolak semula.

“Isu kuasa autonomi diberi Umno pusat kepada Idris di Kuala Besut dengan mengenepikan Ahmad Said dilihat boleh membantu PAS,” katanya pada sidang media di Markas Besar PAS Dun Kuala Besut di Kampung Baharu petang semalam.

Menurutnya, penyisihan Ahmad sudah tentu memanaskan isu lama yang sudah berkocak dalam Umno sejak 2008.

Selain itu isu tempatan dengan lambakan permohonan milik tanah rakyat yang tidak selesai juga tidak boleh dipandang ringan.Kata Wan Azhar isu tanah bukan perkara kecil di Kuala Besut kerana banyak tidak selesai sehingga mengundang kemarahan rakyat.

Katanya, ditambah pula isu nasional dengan kepincangan pengurusan pilihan raya umum lalu masih diperkatakan rakyat secara meluas.

Wan Azhar juga berkata, undi kepada calon PAS pada pilihan raya umum lalu meningkat sebanyak 178 undi.

"Begitu jumlah undi diraih calon BN di Kota Putra, Hulu Besut dan Jertih juga didapati merosot berbanding 2008,” ujarnya.

Pilihan raya kecil Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu. Di peringkat pusat, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai jentera dan kempen BN bagi menghadapi PRK Kuala Besut.
 
kalau PR menang berapa kedudukan DUN 16-16, mcm mana ngan Kerajaan Negeri mcm ni??

idris jusoh kata BN tetap berkuasa sbb speaker geng depa... :D
 
kalau PR menang berapa kedudukan DUN 16-16, mcm mana ngan Kerajaan Negeri mcm ni??

err..
i rasa blom.. hiru tu minus 2, so jika umnobn kalah... mreka masih minus 1...

masih umno bn lagi.. said masih kerja
 
Back
Top
Log in Register