BTC USD 84,702.2 Gold USD 4,303.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

please closed

Bersabarlah tuan haji mm..
Mulut orang susah nak tutup..
Satu hari nanti tanggapan dorang akan berubah..
Fokuslah pada ibu dan ayah anda..keberkatan hidup akan terjamin inshaAllah
 
abaikan je dlu tt
aku pun pernah alami jugak tapi xde la seteruk tt sebab mak.ayah aku alhamdulillah masih ada dan sht lg.
aku dlu pun sedara bini aku siap.kata aku nk tmpg bini aku.hantaran siap push suh up 15k sbb kata aku xkan mampu.

aku bncg dgn mertua aku, aku ttp nak 9k jugak. ada la sbb2 tertentu. last2 mertua aku sound suh anak beranak diam jgn ckp apa2. sbb yg ank kahwin tu anak dia dan dia dah tau pasal aku dan family aku. terus smpai skrg diorg dh xcanpur apa2. aku pun buat xtau je bla jumpa.ssh sbg aku bkn diorg tlg pun
 
pada aku selagi mak ayah isteri x lebih2 its ok. kalau mak ayah belah sana pun semcm memang prob lah. lagi2 kalau isteri sendiri pun sama naik. cam lah dosa kita ni kat mak mentua. kurang ilmu agama agaknya.
 
Berbaktilah kepada kedua ibubapa
sementara mereka masih ada. Tentang
ipar duai sedara mara tu, abaikan
saja lah mereka itu sementara waktu
ni (jika perlu). Kerana mereka itu
jenis materialistik.

Mereka jenis ini akan berbondong2
datang kepada mu jika ditakdirkan
kamu kaya raya suatu masa nanti. Dan
kamu takkan rugi jika kehilangan
orang2 seperti mereka ini.

Aku xpandai nak bagi nasihat tp aku quote
nasihat bro ni sbb ak rasa ni cadangan yg bernas.
Ada ke patut nilai seseorang tu dengan tgk kereta dia..
Aku yang ada motor wave sbijik je ntah camner nak kawen nanti..
 
Saya rasa kan,sedara mara wife tt tu jeles tgk tt dgn is3 tt bahagia.
 
Salaam.


Aku lagi respek sapa2 yang berniaga sendiri.

Bagus.


Makan gaji ni leceh.

Stress.



Cabaran perkahwinan.

Ipar duai, mertua.

Macam2 kes aku dengar.

Ipar songlap duit etc.


Takut nak kahwin camni ^^



Sabar ya TT.

Ujian Allah SWT.
 
Last edited:
Salam semua...aku sebenarnya dah lama nak meluahkan perasaan..tapi takde tempat yg aku boleh meluahkan..dulu masa mak aku masih sihat, dia lah tempat aku menangis, mengadu dan menceritakan segala perasaan aku..tapi oleh sebab mak aku diserang penyakit barah otak di tahap kritikal...mak aku lumpuh satu badan dan tak mampu lagi utk bercakap dgn aku, makan dan minum dia hanya guna tiub...

Jadi sekarang aku cuma ada Allah tempat aku menangis dan mengadu semua apa yg aku rasa terpendam di hati aku..luka yg trrpendam sekian lama yg diubati sendiri..dan disakiti lagi oleh org lain..kadang2 aku rasa tekanan sangat..

Ceritanya bergini..aku ni baru saja berkahwin...dan aku sering di pandang rendah/dihina oleh sedara mara mertua aku sendiri...

Nak dijadikan cerita, Hari ni aku dengar cerita dari isteri aku sendiri, yg sedara dia ada cakap kat isteri aku...

Kenapa kau tak bercinta dulu dgn laki lain? Yg kerja bagus2 sikit atau kakitangan kerajaan...kenapa kau pilih dia.. (aku)

Sedara dia seolah mcm rasa rugi aku jdi suami kepada isteri aku..

Yelah...aku bukan makan gaji atau kakitangan kerajaan..aku cuma niaga sendiri je..

Oleh sebab sedara dia nampak aku pakai keta buruk je..jdi sedara dia anggap aku ni mcm miskin sngt laa...

Lagi bertambah sentap, bila sedara dia ada kata kat aku.. "kau kena utamakan isteri kau dulu dari ibubapa kau" gile terkejut aku dgn ayat dia..dia ni dah jahil sangat ke apa? Dalam islam ada ke cakap aku kena utamakan isteri aku dulu lepas tu baru aku utamakan ibubapa kandung aku...

Yg aku tau tanggungjawab memberi nafkah tu mmg wajib utk aku..

Aku hanya diamkan diri tak kata apa2..aku malas nak bertekak sbb aku x suka bergaduh..

Bila aku teringat kembali dgn keadaan mak aku yg sedang nazak.. dia selalu sesak nafas...muka dia nampak pucat sgt dan mengigil satu badan..mgkin sebab dia menahan sakitnya..menitis airmata aku beb...berat mak aku cuma 38kg..mmg sangat kurus semenjak dia sakit...tahun ni aku beraya tanpa dengar suara mak ayah aku...aku menangis bila dengar takbir raya...

Tahun ni raya pertama dan kedua aku raya di rumah mertua...aku ingat di hari raya ni ada insan yg lain mampu merubat hati aku yg tengah menangis..tapi sebaliknya...lgi bertambah sakit hati aku...

Serius aku kecewa..dan dah rasa malas nak balik kg mertua lg...tapi nasib baik mertua aku steady je..cuma sedara mara dia sangat berbisa..

Sbnrnya ada byk lgi kisah2 sedih aku..tapi kalau nak cerita kat sini..berpuluh page pn blm tentu habis..

P/s: mod kalau salah section..maaf ya..

apa yg aku faham bro, pendapat/fahaman mcm ni memang banyak bro, mana2 bukan sedara ko sorang je,
mereka meletakkan kejayaan hidup/kebahagian berpaksikan kepada harta/wang ringgit, maksudnya bila kita ada harta banyak kita akan bahagia, kita akan hidup aman dan sempurna.
 
Abaikan je apa yg ipar duai ko cakap tu bro
Tinggalkan mereka yg mulut biadap tu
Pegi jaga mak ko selagi dia masih ada
Didik isteri ko dengan ilmu yang bermanfaat
 
Bro tabah bro..... aku simpati... bro pikir laa dunia ni sementara... kite idop utk beribadat dn kdg2 duji oleh Allah.., yg kekal akhirat.... xpe sakit skit kt dunia. Jgn rugi kt akhirat....... bende ni aku igt., insyallah.. mulut puaka aku tahan lgi...
 
Back
Top
Log in Register