TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
LANGKAWI - Pelumba Jerman, Karl Platt berada pada landasan untuk bergelar juara keseluruhan kategori Lelaki Elit pada Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) selepas muncul juara Raja Bukit pada perlumbaan peringkat empat di Gunung Raya, semalam dalam keputusan yang penuh kontroversi.
Pada aksi semalam, Platt yang menduduki tempat kedua dengan masa 1 jam 3 minit 57.103 saat diisytihar juara sejam selepas kemenangan pelumba Australia, Dan McConnel (1'03:18.456s) dibatalkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) kerana melanggar peraturan.
Pembatalan kemenangan McConnel membolehkan pelumba No. 6 dunia, Burry Stander diisytihar pemenang tempat kedua (1'03:58.099s), dan Johnny Cattaneo dari Itali ketiga (1'04:00.004s).
Kemenangan McConnel dibatalkan kerana dia tidak menyertai perlumbaan peringkat pertamadi Stadium Langkawi, Selasa lalu.
Plat berkata, kemenangan dalam keadaan kontroversi tetap menggembirakan.
"Adalah tidak adil apabila pelumba yang tidak berlumba pada peringkat sebelum ini, terus sahaja bertanding pada peringkat berikutnya, berbanding pelumba lain yang telah bekerja keras pada setiap peringkat," kata Platt.
Kategori Wanita Elit pula menyaksikan kemenangan memihak pelumba Switzerland, Vivienne Meyer (1'14:36.792s), yang memberikan kelainan pada hari keempat kejohanan selepas semua tiga peringkat awal LIMBC sejak Selasa lalu didominasi rakan senegara, Nathalie Schneitte.
Pelumba No. 12 dunia, Schnette sekadar memperoleh tempat kedua (1'15:00.523s) dan pelumba Australia, Naomi Hansen ketiga (1'15:03.174s).
Meyer berkata, dia memang gemar laluan berbukit dan berjaya memanfaatkan kelebihan yang dimilikinya.
Saingan peringkat akhir LIMBC hari ini membabitkan perlumbaan merentas desa dalam jarak dekat yang bakal bermula dan berakhir di Stadium Langkawi dengan 1.94 kilometer satu pusingan.