BTC USD 81,268.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Planet baru ditemui

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
lu_03.1.jpg

IMEJ yang disediakan oleh Makmal Penyelidikan European Southern merakamkan lakaran artis planet Corot-7b.​

WASHINGTON 16 Sept. - Ahli astronomi menemui sebuah planet baru di luar sistem solar, yang dipercayai mempunyai kehidupan, sekiranya suhu di planet itu tidak terlalu panas.

Para saintis telah menemui lebih daripada 300 planet di luar sistem solar setakat ini, tetapi semuanya merupakan planet yang mengandungi gas panas atau planet yang tidak mempunyai permukaan daratan.

Kini sepasukan ahli astronomi dari Eropah mengesahkan mereka telah menemui sebuah planet yang mempunyai permukaan berbatu di luar sistem solar.

"Kami percaya terdapat kehidupan di planet yang mempunyai permukaan berbatu.

"Planet yang kami baru temui ini menyerupai bentuk Bumi. Ia berada hampir dengan matahari," kata penyelidik bersama Artie Hatzes, yang juga pengarah Makmal Penyelidikan Thuringer di Jerman.

Beliau berkata, kedudukannya yang terlalu dekat dengan matahari menyebankan suhu di permukaan planet itu melebihi 3,600 darjah Fahrenheit, terlalu panas untuk didiami.

Ia mengelilingi matahari selama 20 jam sehari, berputar pada kelajuan 466,000 batu sejam. Secara perbandingan, planet Marikh, planet yang paling dekat dengan matahari melengkapkan pusingannya mengelilingi orbit solar dalam masa 88 hari.

"Ia terlalu panas, mereka memanggilnya planet lava," kata Hatzes.

Ia merupakan penemuan yang hebat dalam mencari planet baru untuk manusia di alam semesta ini, kata pakar luar, Alan Boss daru Institut Carnegie.

Penemuan planet baru itu telah dibentangkan pada satu persidangan di Barcelona, Sepanyol hari ini.

Planet itu yang dikenali sebagai Corot-7b mula dikesan pada awal tahun ini.

Saintis Eropah membuat pemerhatian berterusan ke atas planet itu untuk mengukur densitinya bagi membuktikan bahawa ia mempunyai permukaan berbatu seperti Bumi.

Ia mempunyai radius satu setengah kali lebih besar daripada Bumi.

Penemuan ini meyakinkan saintis bahawa mungkin terdapat lebih banyak planet yang menyerupai Bumi yang mempunyai kehidupan, kata Boss. - Agensi
 
aku ingatkan tadi planet NAMECK.....tu kompom ade bende hidup...PICCOLO...hahaha....apsal aku merapu pagi nieh...tak tido lagi kot...kekeke
 
planet corot? haha.. tercorot skali
 
mcm2 omputih nie jmpe....wkakaka..
 
ntah betul ntah idak... takut ada agenda lain... derang suh kita beri perhatian pd planet nih spy kita terlupa psl nibiru... huhuhu.... #:-S
 
huahua...planet namek ke? kampung namek penah la aku jumpak kat kedah ni... taman mutiara naga pon ada...wahaha
 
dah nmpak tande2 akhir zaman dah nie..so,bersedia jer la..golongan nie mmg takut kiamat,tu yg mencari2 kehidupan di tempat lain.kite sbg gol. muslim,yakin dan percaya pd Nya sj. (berpesan pd diri sendiri)
 
planet nibiru mana wujud, tak logik kalau ada planet yg bole bergerak tak ikut paksi dia
 
Back
Top
Log in Register