BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'PKR tikam belakang'

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
SEMENYIH - Parti Sosialis Malaysia (PSM) terkilan dengan keputusan pimpinan tertinggi PKR menyingkirkan parti itu daripada persaingan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Dun N24 itu.

Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan berkata, tindakan PKR ini seolah ‘membuli’ PSM yang kononnya kurang popular dan menempatkan calon kroni di kerusi itu.

Sebelum ini, PKR meminta PSM menggunakan logo PKR untuk bertanding pada PRU13, setelah mengadakan rundingan parti itu bersetuju untuk bertanding atas tiket PKR.

“Pada 13 April, semasa pertemuan kepimpinan PSM dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau ulangi pendirian ini dan berjanji tidak akan umum dua kerusi iaitu Kota Damansara dan Semenyih ketika majlis pengumuman calon PKR Selangor pada 14 April lalu, kononnya bagi membolehkan perbincangan PSM berhubung penggunaan logo PKR.

“Bagaimanapun, pada 14 April, malangnya Datuk Seri Anwar telah umum Hamidi Hassan iaitu pembantu peribadi kepada Azmin Ali sebagai calon PKR di Dun Semenyih tetapi menangguh pengumuman untuk Dun Kota Damansara yang disandang Dr Nasir Hashim,” katanya semalam.

Menurut S Arulchelvan, permohonan mereka ditolak atas alasan bangsa, PKR mahu calon Melayu berada di posisi itu untuk singkirkan pesaing utama mereka iaitu Barisan Nasional (BN).

“PSM memang sokong PKR untuk tumbangkan BN dan bentuk kerajaan persekutuan tetapi dengan alasan ‘bangsa’ kami digulingkan begitu sahaja. Ini tidak adil dan tidak wajar.

“Tidak salah jika saya katakan ini tindakan ‘tikam belakang’. Mahu kami guna logo PKR, kami setuju tetapi ini pula alasan mereka singkirkan PSM,”katanya.
 
nanti bleh pakai bendera BN kalu PKR bermasalah.....x gitu?
 
kena tikam? aduihhhh sakitnya.
kalau dah sokong PKR n nak guna bendera PKR, join PKR terus jerlah.
dlm PKR pun ramai gak india.
 
ambik bendera cop baru..lambang katak ker....atau menjadi RAKAN BN mcm ada seorang mamat tu yang dpt nama kat Shah Alam...hahaha
 
kena tikam? aduihhhh sakitnya.
kalau dah sokong PKR n nak guna bendera PKR, join PKR terus jerlah.
dlm PKR pun ramai gak india.

kasi tau itu jawatan dulu aaa ....klu takat hang cangkul ..tak mau ...
 
astrok tangathirai
 
diorg nak sgt main tarik tali,,
 
bila PR menang kasi tikam belakang rakyat lah pulak!!... aduihhh dah terkono
 
Logo-Astro.png
 
Back
Top
Log in Register