sureduit2
Junior Member
- Messages
- 55
- Joined
- May 14, 2007
- Messages
- 55
- Reaction score
- 0
- Points
- 6
Ketua Wanita PKR P. Pinang keluar parti
Oleh Rozilan Salleh
AMINAH Abdullah dibantu oleh suaminya, Mohd. Rofi Osman mengemaskan bendera dan peralatan parti selepas mengumumkan pengundurannya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Jelutong, Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 12 Julai – Jika selama ini bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah begitu setia berjuang dan sanggup berkorban untuk parti, namun hari ini keadaan agak berlainan apabila beliau mula mengemaskan bendera-bendera parti itu dan dokumen yang terdapat di rumahnya untuk dimasukkan ke dalam karung dan kotak.
Aminah yang juga bekas anggota Exco Wanita PKR pusat dan bekas Ketua Wanita PKR Bukit Bendera bertindak demikian sebaik sahaja mengumumkan keputusan untuk keluar daripada parti itu setelah hilang kepercayaan dan kecewa dengan tindak tanduk pucuk pimpinan yang tidak menghargai perjuangan dan pengorbanan ahli di peringkat bawahan.
Pada masa yang sama, keputusannya itu walaupun cuba dipujuk penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat sebagai menyusuli tindakan suaminya, bekas Ketua PKR Bahagian Bukit Bendera, Mohd. Rofi Osman, 51, yang bertindak keluar parti bersama 30 ahli bahagian itu baru-baru ini.
“Walaupun ada pihak datang untuk memujuk saya tetapi saya telah tawar hati. Selepas saya berfikir berkali-kali, berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan seperjuangan, saya meneruskan hasrat untuk keluar walaupun masih ada perasaan sayangkan parti,” katanya di sini hari ini.
Turut hadir ialah Rofi dan bekas Ketua Wanita PKR Bahagian Merbok, Rosiah Yatim yang sebelum ini turut mengumumkan keputusannya meninggalkan parti itu.
Menurut Aminah, ketika menganggotai PKR beliau berjuang secara sukarela dan tidak pernah mengambil kira pelbagai pengorbanan yang dilakukan semata-mata untuk memastikan matlamat parti itu tercapai.
Bagaimanapun, kini Aminah mula merasakan segala pengorbanannya tidak dihargai dan beliau dituduh menentang parti manakala segala aduan terhadap pucuk pimpinan tertinggi pula tidak diberi perhatian, sekali gus membuktikan pemimpin parti hanya mengutamakan kepentingan mereka sahaja.
“Mungkin tindakan saya memasukkan bendera-bendera dan dokumen parti ke dalam karung dan kotak ini kelihatan keterlaluan tetapi saya ingin beritahu inilah nasib pemimpin dan anggota bawahan seperti kami. Selama ini kami berjuang untuk parti tetapi langsung tidak dihargai.
“Rakan-rakan yang masih berada dalam parti jangan marah dengan tindakan saya ini tetapi fikirlah mengenai pengorbanan kita selama ini. Saya tidak menghasut sesiapa meninggalkan parti tetapi percaya masing-masing mampu berfikir dengan rasional,” ujarnya sambil memberitahu tindakannya itu tidak didorong mana-mana pihak.
Selain itu, katanya, terdapat banyak lagi anggota PKR termasuk bekas Ahli Jawatankuasa Wanita PKR Pulau Pinang akan menyusuli tindakannya itu dan membuat pengisytiharan keluar parti sempena majlis kenduri kesyukuran di rumahnya, Ahad ini.
Sebelum ini kemelut politik dalaman PKR semakin meruncing apabila anggota parti daripada banyak bahagian termasuk di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Terengganu bertindak keluar daripada parti itu.