BTC USD 80,864.6 Gold USD 4,382.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKR tidak relevan lagi

macam ni kah penyokong UMNO????

x malukah kamu yg berperangai mcm tu??? mcm mana kamu nak tarik pihak lawan klu kamu sendiri berperangai macam org x betul???

mcm ni kah ciri2 konsep islam hadhari mengajar???

bila masa plak orang UMNO ni cerdik ... dia join UMNO pun dah memang jelas nampak kedunguan mereka ... lagi mau join parti korup tu kenapa? dungu laa tu
 
ceramah bekas USt UMNO.......;)
hangpa pikiaq sendiri laa....







 
kenapa laa UMNO nak sgt negeri kelantan yang miskin ni ...

nak tau sebab..???? aku rase antara sebab utama.. hasil negeri kelantan lg besar dr negeri trg.. isu nie dah lame dlu.. PAS kan mintak 50% royalti.. telaga kat kelantan lg besar dr trg daa... ini.. aku dpt sumber yg mmg bleh dipercayai.. konpem..

itu mungkin salah satu sebab utama.. hehe..
 
klu hasil negeri klatey lebih besar dr trg,
knape klatey sampi la nih tak maju2....

nak wat satu2 bnda pon kner wat kutipan jerk....
bukan kerajaan nak monopoli kawasan jajahan mereka bagi memantap kan lagi kedudukan mereka di arena islam hadari...bukan tue ker sebab nyer....(aku teker jerk)btol or tak ...wallah hua'lam
 
klu hasil negeri klatey lebih besar dr trg,
knape klatey sampi la nih tak maju2....

nak wat satu2 bnda pon kner wat kutipan jerk....
bukan kerajaan nak monopoli kawasan jajahan mereka bagi memantap kan lagi kedudukan mereka di arena islam hadari...bukan tue ker sebab nyer....(aku teker jerk)btol or tak ...wallah hua'lam

sapa kata klate tak maju, apa definisi anda sebagai maju? adakah banyak bangunan tingi/besar? ada banyak disco? ada banyak kedai judi ekor toto magnum? banyak pusat judi cam genting? banayk pusat maksiat cam KL? ...atau berikan definisi anda sebagai maju? baru boleh bandingkan kemajuan klate dengan negeri2 lain....:)cgrock
 
klu hasil negeri klatey lebih besar dr trg,
knape klatey sampi la nih tak maju2....

ore negeri mana nih..musti x beso sapa di klate nih..maju kota baru lar banding ngan kuala terengganu tuh..hampeh la demo nih..
 
kalau setakat nk bincang jauh dr topik asal thread ni dibukak baik korang tutup jer thread ni.. semua dh melencong dr topik..
 
sapa kata klate tak maju, apa definisi anda sebagai maju? adakah banyak bangunan tingi/besar? ada banyak disco? ada banyak kedai judi ekor toto magnum? banyak pusat judi cam genting? banayk pusat maksiat cam KL? ...atau berikan definisi anda sebagai maju? baru boleh bandingkan kemajuan klate dengan negeri2 lain....:)cgrock

memang btol... sbg Islam.. kita tdak bole mngukur kemajuan dgn adenye bangunan tinggi dan mcm2 lagi yg setaraf dgn negara barat yg maju.. Islam ade cara tersendiri utk maju.. Tak caye tanye ustad.. tapi jgn sembarangan ustad.. :D
 
semua kembali ke topik asal ok.. ni apa citer pasal xde kene mengena dan x relevan dgn topik asal ni?? sungguh x relevan sekali org yg pikir diri sendiri jer betul...
 
Ok back to TOPIC..;)

Jawapan AMK terhadap rencana pengarang Utusan


Oleh Amiruddin Shari

SAYA merujuk Rencana Pengarang akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 Julai, yang bertajuk PKR semakin tidak relevan. Sebagai akhbar, Utusan mempunyai latar yang gemilang.

Perjuangan kemerdekaan salah satu periginya di situ; menyedarkan rakyat peri pentingnya kemerdekaan bagi setiap insan — dari terus hidup menjadi hamba orang luar yang mengaut kekayaan tanahair dan memperbudak rakyat.

Namun hari ini ia tidak lebih dari sekadar jadi perkakas untuk mengekalkan kuasa dan pemerintahan Umno-BN melalui proses pembodohan rakyat, justeru mengajar masyarakat senantiasa melihat kebenaran itu milik yang berkuasa.

Benarlah rintihan Said Zahari dan teman-teman Kesatuan Pekerja akhbar terbabit pada tanggal 21 Julai di tahun 1961, membantah tindakan Umno untuk menguasai akhbar tersebut.

Mogok tersebut menentang Dasar 4 yang digubah sempena penguasaan Umno pada akhbar tersebut:-

1. Memberi sokongan penuh kepada parti yang memerintah, kerana itu lebih menguntungkan dari segi perniagaan.

2. Menyiarkan berita-berita yang benar tetapi membatasi kepala-kepala berita kepada parti-parti lain.

3. Menyiarkan lebih banyak kepala berita yang besar mengenai menteri-menteri PERIKATAN dan dasar-dasarnya.

4. Menyokong perbuatan PERIKATAN dan mengkritik secara membina akan perbuatan buruk PERIKATAN.

(Buku Rujukan: ” Meniti Lautan Gelora - Sebuah Memoir Politik oleh Said Zahari.”)

Makanya hari ini ia tidak berhenti, pada dasar itu sahaja. Utusan telah lebih menghinakan dirinya bila menjadi hanya alat propaganda Umno-BN, yang tidak mampu menerbitkan akhbarnya sendiri. Laporan yang senantiasa mereng, tidak bebas malahan menyembunyikan sesuatu untuk kepentingan kedudukan ketua pengarangnya.

Kalau Said berasa tidak betah dengan cadangan hanya menyebarkan berita PERIKATAN yang sekarang namanya BN, dia akan jadi mual lihat bagaimana berita, analisa, hinggalah rencana pengarang yang tidak releven.

Keluaran akhbar ini pada Rabu (18 Julai 2007), sebagai kesimpulan dentuman keras dan bertalu-talu, berita orang itu - ini keluar Parti keadilan Rakyat, maka artikel pengarangnya menganggap bahawa parti yang ditubuh 1999 ini semakin tidak releven kerana; matlamat perjuangan hanya untuk individu dan tanda-tandanya adalah gerakan orang keluar beramai-ramai, ketidak setujuan pada arahan pemimpin dan mempersoal tindakan pimpinan, juga diselitkan berita PKR Sabah tolak Anwar sebagai bukti yang masih panas dan terkini.

Membingkai Parti Keadilan sebagai parti memperjuang individu adalah satu penerusan proganda BN, khususnya Umno yang tidak dapat menerima hakikat wujudnya sebuah perkumpulan semua bangsa yang boleh berbeza tapi mempunyai matlamat yang satu, Malaysia yang lebih adil dan bebas seperti Parti keadilan.

Rakyat yang tersentak betapa perlunya kebebasan dan keadilan hanyalah akan menendang hegemoni Umno-BN, yang selama ini membentuk minda masyarakat agar memenuhkan dahulu keperluan lahiriah dan sentimental.

Kebebasan dan keadilan adalah perkara yang bukan asasi dan aulawiyatnya mungkin jatuh nombor 3 dalam minda Um,no-BN, selepas memperoleh makan-minum-jalan-tiang lampu dan bangsa kita mengapai gemilang, barulah boleh kita bicara soal demokrasi, kebebasan, dan hak. Sebaliknya Parti Keadilan lain pula halnya, tetap memilih keperluan memenuhi lahiriah ini bersama kondisi bebas, demokratik dan hak asasi manusia terbela.

Kalimat parti serpihan adalah jelas kurang tepat kerana ahli-ahli Parti Keadilan, tidak datang semuanya dari Umno, Syed Husin Ali tidak pernah sepanjang hayatnya menganggotai Umno, begitu juga Tian Chua, Khalid Jaafar, Dato` Adlan Yeop dan banyak lagi yang tak terhitungkan jumlahnya.

Lebih sedih lagi gejala berlebih-lebih dalam laporan, seperti kes ‘PKR Sabah’ yang sebenarnya hanya melibatkan seorang anggota, yang tidak puas hati.

Setelah lebih 40 tahun Utusan di cekup Umno, nyata kini, telah menjadi alat membodohkan, khususnya kepada pembacanya yang majoriti Melayu, dengan membuang agenda asas akhbar; sebagai saluran informasi, merungkai permasalahan rakyat, membijakkan pembaca dengan satu alasan, mengekalkan Umno atau lebih tepat pemegang jawatan-jawatan utama terus bisa dapat gaji dan hidup senang.

Tiga hari sebelum ulang tahun peristiwa Mogok Utusan, ternyata kebimbangan Said Zahari harus kembali diusap oleh mereka yang masih ada sisa semangat wartawan tulen.

Penulis merupakan Naib Ketua Angkatan Muda PKR dan merupakan Pengarah Program di Institut Kajian Dasar (IKD) - Pengarang

http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=454&Itemid=49
 
Back
Top
Log in Register