BTC USD 82,519.9 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKR terima dana dari AS?

Bagus gak Anwar ni rakan karib leh dapat dana dari US. Boleh kita cedok dan masukkan teknologi yang ada kat US tu untuk rakyat Malaysia. :)
 
Bagus gak Anwar ni rakan karib leh dapat dana dari US. Boleh kita cedok dan masukkan teknologi yang ada kat US tu untuk rakyat Malaysia. :)

hehe...
terima dana sumbangan luar HARAM....:((
guna rembat duit petronas,duit zakat,duit tabung haji HALAL...:p
 
sooo nie apa cerita..

Skandal Dana P-044: DAP Desak Polis Siasat Musa Aman
Parti Tindakan Demokratik (DAP) membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Sabah berhubung Skandal Penyeludupan dan Penggubahan Wang Haram yang dilakukan oleh seorang yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Laporan berkenaan di buat di Balai Polis Sentul pada hari ini (22 Ogos 2008) pada jam 11.44 pagi, melalui laporan bernombor SENTUL/011166/08 yang antara lain menyebut bahawa Skandal berkenaan amat serius kerana melibatkan Ketua Menteri Sabah dan telah mendapat liputan meluas media di seluruh dunia.

"Perkara ini amat serius. Bukan jumlah yang kecil. Jumlah yang dilaporkan terlalu besar iaitu RM16 juta dan paling penting ianya dikaitkan dengan seorang Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Sabah, iaitu Datuk Musa Aman secara peribadi," ujar Lim Kit Siang yang menggesa polis menjalankan siasatan menyeluruh secara profesional.

Lim yang ditemani oleh Ahli Parlimen Api-Api Dr Hiew King Chiew; Adun Sri Tanjung Jimmy Wong; Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Majlis Tertinggi DAP Sabah Edward Muji membuat laporan polis setelah menyedari isu ini memalukan Malaysia kerana rakyatnya di tangkap di luar negara melakukan jenayah dan membabitkan pembesar negeri.

Dalam kenyataan ringkasnya, Lim mencabar Ketua Menteri Sabah untuk membersihkan namanya daripada tuduhan serius berkenaan kerana ianya merupakan tindakan khianat kepada Negara jika RM16 juta yang cuba di seludup masuk ke Malaysia oleh Michael Chia berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Musa Aman.

"Isu ini semakin hangat di Permatang Pauh dan saya mencabar Musa menjelaskannya di Permatang Pauh dalam kempen BN di sini," cabar Lim yang agak terkejut kerana laporan media seolah-olah memberi gambaran sebenar dan dipercayai rakyat.
:(scam :(scam :(scam
 
sapa yg seludup duit haram weiii

BN belanja lebih RM 50 Juta
Dalam satu kenyataan bertulis, Presiden SAPP Yong Teck Lee berkata, BN akan membelanjakan lebih RM50 juta untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. BN telah menghantar ribuan petugas-petugas untuk berkempen diPermatang Pauh yang mana belanja yang diperlukan akan mencecah puluhan juta ringgit.

Yong mempersoalkan dari manakah wang itu diperolehi. Beliau merasakan tidak mungkin ianya datang dari tabung BN kerana BN hampir bankrup dimana ianya tidak mampu menjelaskan hutang yang bernilai RM218 juta untuk membiayai bahan kempen dalam pilihanraya 2004 yang lalu.

“Kami berharap, pemimpin BN Sabah tidak akan membiarkan Sabah dipergunakan untuk membayar hutang RM218 juta itu dan menanggung perbelanjaan pilihanraya Permatang Pauh.”
Yong merujuk kepada kes dimana sebanyak RM16 juta telah dirampas oleh pihak berkuasa Hong Kong. Wang tersebut dikatakan dirampas ketika dalam perjalanan ke Permatang Pauh melalui Hong Kong.

Dalam perkembangan berkaitan, adik angkat Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Musa Aman, iaitu Michael Chia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Hong Kong dan Interpol ketika cuba membawa wang tunai Singapura bernilai RM16 juta keluar dari negara tersebut.

Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.

Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta. “CM (Musa) marah betul atas ke*****an Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya,” ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.

Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.

Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong ‘Khung Long’ (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).

Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.

Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.

Namun bak kata pepatah modern, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.
 
masa kali pertama DSWA bertanding aku ikut pi kempen kat langkawi...rupanya cikgu2 kemas balaci puaka umno dah masuk dulu kampung kampung. depa kata PKR tak boleh perintah negara sebab PKR tak ada polis, tak ada askar, tak ada bomba...nanti orang langkawi mati kelaparan pasal PKR tak ada kapal nak bawa makanan ke langkawi....

:eek: :eek: :eek: :eek: :eek:

dah jadik pon bro..tp bkan nuar yg wat..ini umno pnye orang yg takde tgjawab pada negara yg wat..:mad:



eboss....kasi letak ini surat kat 1st page la..baru rock bro.
 
eboss....kasi letak ini surat kat 1st page la..baru rock bro.

nak kata anwar yag sain afta
lawak gila si KJ ni
bukan ke afta tuh dah START sekarang

lagi mau auta ka

:eek:
 
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos – Dana yang digunakan oleh calon Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjalankan kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini adalah bantuan daripada negara luar terutama sekali Amerika Syarikat (AS).

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, Anwar sendiri telah mengaku tidak mempunyai wang yang cukup untuk berkempen namun masih mampu melakukannya.

‘‘Dia sendiri telah berkata bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk kempen, malah sanggup meminta bantuan penyokongnya melalui laman web untuk mendapatkan wang.

‘‘Namun, saya hairan bagaimana dia boleh meletakkan bendera dan poster partinya dengan banyak di sini. Oleh itu saya yakin bahawa dia mendapat bantuan AS,’’ katanya.

Khairy berkata demikian ketika memberi ceramah di hadapan kira-kira 3,000 penduduk di Permatang Pasir, di sini semalam.

Menurut Khairy sebagai balasan kepada bantuan yang diterima Anwar itu, perkara pertama yang akan dilakukannya jika berjaya menjadi Perdana Menteri ialah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-AS.

‘‘Saya tahu ini adalah perkara pertama yang akan dilakukannya yang akan menyebabkan rakyat negara ini sendiri rugi,’’ jelasnya.

Tambahnya, dia juga mempunyai maklumat yang Anwar telah berjanji dengan kerajaan AS bahawa satu pangkalan tentera laut akan dibina di Sabah jika hajatnya menjadi Perdana Menteri tercapai.

‘‘Saya sendiri tahu Anwar akan meluluskan pembinaan pangkalan tersebut jika beliau berjaya menunaikan cita-citanya.

Main agak2 dan teka serta ikut otak kepala lutut dia

Banner n poster tu sebenarnya murah je. Bila rasuah berleluasa dalam UMNO poster yang harga 5 sen di mark up sampai jadi RM 10 tu yang jadi berjuta2 tu.

Matematik dia ni lemah sikit.
 
haah...bendera ngan poster tak mahal...lain la cam BN duit kempen byk habih pasal bagi rm100 kat satu rumah, pastu buat forum perdana sedia sampai 2000 kerusi last2 takde org datang jugak
 
‘‘Namun, saya hairan bagaimana dia boleh meletakkan bendera dan poster partinya dengan banyak di sini. Oleh itu saya yakin bahawa dia mendapat bantuan AS,’’ katanya.

andaian budus dpd seorang bekas drag queen oxford...elok DSAI saman fitnah je si pondan neh
 

siapakah hang nak mempertikaikan keIslaman seseorang..??
boleh main2 plak bab agama nih..


sekadar pendapat:D
saya ini hamba Allah. Pada masa yg sama saya hanya saorang manusia biasa.:)
 
Back
Top
Log in Register