BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKPIM: Biasiswa untuk semua

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) membantah langkah kerajaan menaikkan kuota biasiswa untuk bukan bumiputera sehingga 45 peratus dengan mencadangkan peruntukan biasiswa diberikan kepada semua.

"PKPIM bertegas bahawa kuota 45 peratus harus dihapuskan," kata presidennya Mohd Hilmi Ramli.ADAKAH MAMAT NIE ORANG KUAT PKR/PAS/DAP?

Beliau tidak bersetuju kerajaan menggunakan isu kuota untuk menangani tuntutan biasiswa dalam kalangan bukan bumiputera.

"Dengan bermain dengan kuota, sebenarnya kerajaan mencipta jarak yang lebih jauh dalam menangani isu rakyat Malaysia secara menyeluruh, iaitu antara bumiputera dan bukan Bumiputera," katanya.

"Kerajaan tidak sewajarnya mendiskriminasi mereka yang layak di kalangan bukan bumiputera."

Persatuan pelajar itu juga mencadangkan biasiswa diberikan semua pelajar bumiputera kerana hak tersebut termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan harus menunaikan hak mahasiswa bumiputera untuk menerima biasiswa tanpa berkecuali seperti termaktub dalam Perlembagaan," katanya.

Kerajaan kelmarin mengumumkan pengenalan dasar baru itu untuk biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi program ijazah luar negara berkuatkuasa mulai tahun ini.

Langkah menaikkan peluang tersebut, yang asalnya dengan peratusan 10 bukan bumiputera dan 90 untuk bumiputera, dibantah oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), sebuah pertubuhan yang dekat dengan PKPIM.

Abim semalam menyifatkan keputusan kerajaan itu tidak akan "mewujudkan keadilan sosial" di negara ini kerana kuota biasiswa 90 peratus untuk bumiputera "tidak tepat dan tersasar daripada matlamat" dalam Perlembagaan Persekutuan seperti termaktub sebagai keistimewaan Melayu.

Setiausaha agung Abim, Khairul Arifin Mohd Munir berkata kadar kemiskinan dalam kalangan bumiputera juga tinggi dan mereka khususnya di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dalam bidang profesional.
 
jadi macam mana eboss patut atau tidak 45% tu?
 
jadi macam mana eboss patut atau tidak 45% tu?

aku setuju naik 45% tetapi mesti kenakan syarat iaitu:

BILA DAH LULUS NANTI MESTI BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN SELAMA 10 TAHUN...MACAM BIASISWA YANG SYARIKAT CORPORAT BUAT...KALAU TAK...BAYAR BALIK 100% TANPA CHARGE LAIN...
 
ada satu kekurangan....lebih² lagi bg mereka yg belajar kat oversea...mereka xnak balik malaysia balik...dalam kes nie...45% dah hilang...mungkin xlojik lah semua xnak balik..kita buat 1/2% ..jadi 20% sahaja yg na kerja balik kat malaysia..lain semua...ntah lah...dah comfirt zone kat oversea kot...terutama sekali yg medical tu...

satu lagi syarat patut sarankan adalah.. FASIH BERTUTUR dalam bahasa melayu
 
tak nak balik tak per...dok ler kat sana tapi BUANG KERAKYATAN SEBAB ENGKAR

:eek: :eek: :eek: :eek: :eek: :eek:
 
tak nak balik tak per...dok ler kat sana tapi BUANG KERAKYATAN SEBAB ENGKAR

:eek: :eek: :eek: :eek: :eek: :eek:

kalau buang kerakyatan...dikata kerajaan zalim...sekarang nie pun ramai yg sponsor JPA xbalik malaysia dah...tu baru 10% tu...patut nya PR utarakan masalah ini dalam parlimen...apa orang ckp.. brain drain?...harap masalah begini PR jgn lupa tanggungjawab mereka...atau buat² lupa? :-? ...ntah lah...
 
mana boleh semua pembangkang nak kasi peluru...kerajaan bukan nak kasi kredit pun...hentam lagi ada ler...kalau depa buat pun kerajaan guna istilah DITERIMA PAKAI...
 
mana boleh semua pembangkang nak kasi peluru...kerajaan bukan nak kasi kredit pun...hentam lagi ada ler...kalau depa buat pun kerajaan guna istilah DITERIMA PAKAI...

brain drain adalah masalah malaysia...xkiralah pembangkang atau kerajaan...tapi kebanyakkan brain drain dtg dari non-bumi xkan bila dah semua 45% tu hilang baru na kasi peluru? sbb nak salahkan kerajaan? ada kepentingan jugak rupanya :-? mungkin peluru tu nak guna isu lain kot... entah lah...malaysian malaysia maa...
 
Back
Top
Log in Register