balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Ariffin menemani anaknya yang dimasukkan ke Hospital Pasir Mas, dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang.
< 1 / 1 >
RANTAU PANJANG – Renjatan elektrik memadamkan niat seorang pemuda untuk menyelamatkan moyangnya berusia 90 tahun dan neneknya berusia 70 tahun semasa kejadian banjir di Kampung Rahmat Jalan Tanjong Baru, di sini semalam.
Mangsa, Mohd Adam Ariffin, 21, yang ditemui di Hospital Pasir Mas berkata, semasa kejadian pada jam 1 petang itu, dia mahu mengambil perahu untuk membawa moyang dan neneknya ke rumah bapanya di Kampung Kubang Rambutan, di sini.
Menurutnya, ketika itu paras air banjir sudah mencapai satu meter dan tanpa berfikir panjang dia telah menuju ke bawah rumah untuk mengambil perahu.
"Saya dapat rasa kaki saya terpijak wayar dan terus rasa kebas serta mahu pitam," katanya.
Sementara itu, bapanya, Ariffin Abdullah, 51, berkata, selepas mendengar panggilan anaknya itu, dia menjenguk ke luar tingkap dan hatinya mula tidak tenang selepas Mohd Adam tidak kelihatan.
Menurutnya, dia cuba mencari Mohd Adam di bawah rumah berkenaan tetapi gagal menemui anak ketiga daripada empat beradik itu.
"Hati saya bertambah tak tenang dan mula menjerit memanggil namanya. Saya cuba meraba-raba dalam air kerana telahan saya, dia mungkin lemas.
"Setelah berjaya mengesan Mohd Adam, saya cuba menariknya itu tetapi turut terkena renjatan elektrik menyebabkan tangan saya kebas. Namun saya tetap menyelamatkannya kerana nyawa anak saya lebih penting daripada kesakitan dirasai," katanya.