Pistol cap kerbau jadi pilihan

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,691
Points
191

ABDULLAH menunjukkan gambar pistol cap kerbau buatan sendiri yang mendapat permintaan tinggi dipercayai diseludup dari negara jiran ketika ditemui di IPD Pasir Mas. FOTO Zaman Huri Isa.







PISTOL cap kerbau kini menjadi pilihan penjenayah terutama pengedar dadah untuk menjalankan kegiatan jenayah mereka.

Senjata buatan sendiri itu diperoleh dari negara jiran sebelum diseludup masuk ke negara ini melalui laluan tikus di sempadan negara.

’Orang tengah’ terdiri daripada penduduk tempatan membelinya pada harga RM1,500 sebelum dijual kepada pembeli di negara ini sehingga RM5,000 hingga RM8,000 bergantung kepada reka bentuk.

Selain itu, ia turut disewa kepada penjenayah untuk melakukan aktiviti jenayah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, pistol ini menjadi pilihan penjenayah kerana harganya lebih murah, mudah dibawa dan tahan lasak.

“Pistol ini adalah buatan sendiri yang dibuat di negara jiran dan tiada jenama spesifik. Untuk mengecam senjata jenis ini, terdapat simbol kepala kerbau bertanduk di pemegang pistol.

“Berat pistol ini mencecah 400 gram, panjang kira-kira 0.15 meter dan menggunakan peluru bersaiz .38 meter,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, hari ini.

Beliau berkata, senjata itu diseludup masuk ke negara ini menerusi pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok apabila mendapat permintaan melalui ‘orang tengah’.

Menurutnya, penjenayah menggunakan pistol itu untuk menjalankan aktiviti jenayah seperti merompak, selain melindungi keselamatan diri daripada pihak berkuasa dan musuh.

“Kita tidak menolak kemungkinan ia berkait rapat dengan aktiviti pengedaran dadah dan turut disewa untuk aktiviti jenayah.

“Setakat ini, sejak 2017 kami berjaya menahan 28 orang dan merampas 16 pistol pelbagai jenama di daerah ini.

“Daripada jumlah itu, ia termasuk dua pistol cap kerbau pada tahun lalu yang disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya.









sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/479317/pistol-cap-kerbau-jadi-pilihan






.
 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,126
Reaction score
1,526
Points
596
Bahaya la bila masuk dalam malaysia

Sat sapa geram buh bantai ja

Pi depan orang

Hang dok buat gila kat aku kan

Lani aku shoot hang padam terus
 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,175
Reaction score
204
Points
33
kena wat tembok sempadan tinggi mcm kt amerika dgn mexico tu..
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,268
Reaction score
2,106
Points
226
kecik ni .. .44 magnum dulu pernah pakai masa bodyguard/escort tan sri, masa tu baru ex-polis .. tapi sekarang apply balik PDRM tak luluskan :D

berat tu magnum, suka glock, ringan je ..
 

mded

Fun Poster
Joined
Nov 15, 2006
Messages
512
Reaction score
61
Points
20
kecik ni .. .44 magnum dulu pernah pakai masa bodyguard/escort tan sri, masa tu baru ex-polis .. tapi sekarang apply balik PDRM tak luluskan :D

berat tu magnum, suka glock, ringan je ..
best ke keje bodyguard bang? :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register