BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pisang & Hati.

sib baik dier suh bawak pisang...kalo suh bawak tempoyak ker huhuhuuh
 
ade owang pesan kat aku...
kalo kita benci sowang,ramai lg yg benci kita...
kalo kita syg sowang,ramai lg yg sayang kita...
pegang la kata2 ni...
idup insyaallah bahagia :D
 
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!


apa komen korang...leh ke korang maaf kan org2 yg telah menyakit kan hati korang, nyusahkan pala otak korang...especially skang cam Dolah Badawi...camne..camne?..jawab2....

Tu kalu kita membenci orang yang tak sepatutnya kita benci ..... tapi macam mana lak kalu kita membenci orang yang sepatutnya kita benci ...cam orang zalim, orang yang suka menginaya orang lain, sudah tentu cam membawa sebotol minyak wangi yang tertera nama Dolah Badawi di atasnya dan kemana sahaja kita pergi kita akan berasa selesa dan orang akan sentiasa mendekati kita kerana kewangian itu..... tul tak? :D :D

"Aku Membenci Kerana Allah"
 
satu permainan yg bagus untuk mendidik anak2... tapi kesan nyer sampai ker bila dah besar nanti... ?
kita tanya diri kita balik...
 
kite x leh nak paksa orang menyayangi kite.
tapi minte2 jgnlah ada yang benci.
 
aku mencik..mencik!...ekekekekeke...:))
dunia..dunia...jgn membenci...tak suka jer cukup....:p
 
nak maafkan boleh tapi duit2 yg kena songlap tu boleh dapat balik ke?
 
Ntahlaa ... aku sukarla nak maafkan orang tapi kalau awek cun takperla...
 
Back
Top
Log in Register